Saturday, August 28, 2010

Pemimpin Baik & Pemimpin Buruk (Good & Bad Leaders)


Salam & hye all~

Buat renungan semua.

Pemimpin baik:

1) Mempunyai misi dan visi yang berlainan dari orang lain, tetapi masih boleh diterima umum.

2) Keluar daripada zon selesa dan melakukan perubahan.

3) Mengambil risiko, sedia berkorban dan sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat

4) Menanamkan keyakinan dalam diri orang lain kerana mereka sendiri berkeyakinan tinggi

5) Mencipta persetujuan secara muafakat

6) Mampu mengubah iklim dalam organisasi dengan karisma yang ada dalam dirinya

7) Seorang pendorong yang baik

8) Seorang yang positif

9) Mendahulukan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri

10) Mampu menarik ramai pengikut

11) Membawa perspektif baru dalam penyelesaian masalah

12) Seorang yang boleh melakukan setiap apa yang difikirkan

13) menjadi sumber ilham orang di sekitarnya


Pemimpin buruk:

1) Mendesak dalam kumpulan, organisasi mahupun komuniti.

2) Tidak mewakili rakan mahupun orang bawahannya

3) Bersikap keanak-anakan apabila tidak mendapat apa yang diingininya

4) Suka bergossip dan menyebarkan khabar angin

5) Tidak memberi penghargaan kepada orang lain atas prestasi yang ditunjukkan

6) Menggunakan terma-terma dan istilah-istilah yang hanya mereka sahaja memahaminya

7) Percaya bahawa mereka lebih bijak daripada orang lain

8) Tidak menyedari bahawasanya orang ramai tidak menghormati mereka

9) kelihatan tidak berfungsi dalam keseluruhan organisasi

10) Tidak sukakan peraturan, proses dan prosedur kecuali bagi orang lain

11) Membuat kesimpulan sebelum mengkaji kesahihan sesuatu perkara

12) Tidak mengumpulkan pendapat orang ramai melainkan perkara-perkara yang selari dengan pemikirannya.

13) Membunuh organisasi melalui keangkuhannya dan keengganan mendengar pendapat orang lain.

14) Berdiam diri bila mana mereka perlu bersuara

15) Bersuara bila mana mereka sepatutnya diam.

Siapakah pemimpin anda? Ciri-ciri yang manakah jelas kelihatan dalam dirinya? Renung-renungkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...