Friday, August 13, 2010
Selamat Datang Ramadhan~
Salam n' hye all...
Ramadhan datang lagi. Sudah tiga hari. Masa berlalu terasa cepat sekali...
Terawih pertama masjid penuh. Muka jemaah semangat sungguh. Ramai buat lapan je, badan lenguh-lenguh.
Kat pekan, lagu Raya dah kedengaran. Promosi jualan besar-besaran. Tak siapa hairan...
Awal-awal ni rajin juga memasak. Mengikut selera tekak. Lepas rindu masakan emak.
Bazar Ramadhan jadi tumpuan. Baik lelaki atau perempuan. Kena bijak buat pilihan.
Sedang ramai berkira-kira. Berapa pasang persalinan Raya. Penting ke??? Aku bertanya.
Kuliah oh kuliah... Yang rumahnya jauh termengah-mengah. Sampai kelas terus lemah.
Tiket bas nampaknya laris. Mungkin ada yang dah habis. Johor paling selatan, paling utara Perlis.
Baru tiga hari. cukup la setakat ni. Nanti-nanti tulis lagi.
;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment