Friday, February 15, 2013

Sarapan @ Pakcik Wan Cafe


Assalamualaikum + hi all!

Bangun pagi, perut pun berbunyi. Mintak diisi. :D

Dah lama aku teringin nak ke Pakcik Wan Cafe. Dulu tak terasa pun nak pergi walaupun ada terbaca kat satu blog dia punya mee kolok sedap. Tapi sejak sorang student aku bagitau makanan kat situ sedap, cepat sold out (sebab dia kerja part time hujung minggu kat situ) maka aku pun berhajatlah untuk menikmati makanan di Pakcik Wan Cafe.

Maka pagi tadi dengan bersemangatnya aku keluar sekitar 8.45 pagi sorang2 ke sana. Hari cuti. malas nak gegar kawan2 yang sedia maklum sedang menikmati masa rehat berkualiti :D haha.


Sampai2 di Lutong, mata berkaca-kaca sebab kedainya buka. Dah beberapa kali pergi tapi hampa. Kedai tutup. Ada rezeki hari ni nampaknya. Hoho, ramai sungguh orang nak sarapan. Sampai tunggu kat luar kedai. Maka aku pun bersama-sama orang yang menunggu meja kosong menanti dengan sabar siapa2 yang dah abis makan untuk angkat kaki. :D Nampaknya tak ada.


Sabar. Sabar. Sabar

Tak ada juga. Ada la 2 orang kat depan aku yang kelihatannya dah lama abis makan tapi masih nak sembang2. Sabar lagi....

Sampai akhirnya tak dapat sabar, aku order untuk tapau sahaja la. Tak kempunan, hati pun tak sakit. Hahaha. Maka aku pun orderlah nasi lemak + ayam. Damage: RM4.50


Komen: Nasi lemak ok, cuma dah agak sejuk. Tapi ayam dia sedap! Tak tau la apa nama ayam berkuah tu. Lupa nak mintak bahagian dada. Balik-balik, buka bekas tapau tengok bahagian paha. Adehhh. Gagahkan juga makan, tapi series sedap!:D Kalau lah bahagian dada, pasti lebih nikmat! :D haha

Okay, rekomen kat korang Pakcik Wan Cafe @ Lutong. Next time boleh try mee/kuetiow dia pulak. Khabarnya the one and only kuetiow sapi kat sana. :)

Tatata!

Jalan-Jalan: Miri Crocodile Farm


Assalamualaikum + hi all~

Semalam kami cikgu-cikgu Semenanjung yang tak pulang bercuti Tahun Bari Cina melawat ke Taman Buaya Miri yang letaknya di Kualam Baram. Tak la jauh sangat, sekitar 10 km dari Lutong. For me, it was my first time going there. :D

Taman buaya ni boleh tahan la keluasannya. Bukan setakat menempatkan buaya-buaya, ada juga zoo mini yang menempatkan burung-burung, beruang, rusa, monyet, landak, ular, dan pelbagai hidupan yang boleh kata 'rare' juga!

Masa kami sampai, buaya-buaya dah diberi makan. nak tunggu sekitar 2 jam lagi baru dapat tengok buaya-buaya tu diberi makan semula. Malas nak tunggu, lepas pusing-pusing keliling zoo mini, kami pun keluar dari taman buaya untuk makan tengahari. Dah macam piknik, cikgu-cikgu perempuan dah siapkan makanan dari rumah. Nasi + kari ayam + sayur kangkung + sambal ikan bilis + sayur bendi + sambal belacan + roti jala! Walao! terbaekkklah. #hapyfamily :D

Makan sampai 3 round, buat perut aku memulas tak lama kemudian. Mujur ada masjid kat kampung sebelah. Hahahaha. Solat zuhur terus.

Next trip? Insya Allah. Brunei. Wait ya! ;)

pengembaraan bermula!

ikan piranha

sangat besar :D

macam naga

tiong emas. "assalamualaikum". "hello".

anak kambing yang comel. Kita snap dia datang.

anak beruang merengek. Mintak dukung kot? ;p

lunch. picnic style :D

Enjoy video: 



Wednesday, February 13, 2013

Tun Dr. Ismail: Tokoh yang Semakin Dilupakan



Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara

Contoh Pemimpin Tegas & Jujur Ke arah Perpaduan & Keharmonian

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua oleh YAB Tun Abdul Razak pada 22 September 1970. Semasa MAGERAN melaksanakan dasar pentadbiran dan pemerintahan negara ketika darurat pada Mei 1969-Februari 1971, Tun Dr. Ismail menjawat Timbalan Pengarah MAGERAN. Beliau juga merupakan seorang tokoh profesional dan politik Melayu yang turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.

Tun Dr. Ismail ialah anak watan negeri Johor. Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru dari sebuah keluarga elit, berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak harta. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin telah bermastautin di Johor Bahru kerana menjawat jawatan tinggi Kerajaan Negeri Johor. Antara jawatan yang pernah disandang oleh bapanya ialah sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Di peringkat kebangsaan, bapanya ialah Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato’ Abdul Rahman terkenal sebagai seorang tokoh Melayu Johor yang telah menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union. Beliau juga ialah ketua Orang Tujuh yang menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Dato’ Abdul Rahman dan bapanya Mohd Yassin berasal dari Parit Bakar Muar Johor. Parit Bakar terletak dalam kawasan yang dulunya terkenal sebagai Padang sebelum Bandar Maharani dibuka pada 1884. Padang diperintah oleh ketua tradisional Melayu bergelar Orangkaya yang terdiri dari kaum karabat Mohd Yassin. Mohd Yassin ialah anak kepada Orangkaya Abdul Rahman, Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga beliau berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Campa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka. Mereka merupakan keluarga pentadbir yang menyara hidup daripada sumber perkebunan dan perdagangan dan sangat menitikberatkan pelajaran.

Datuk nenek moyang Tun Dr Ismail di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar daerah atas titah atau pelantikan Sultan. Moyang Tun Dr. Ismail di Batu Pahat iaitu Abdul Rahman bin Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat pada 1862-1881. Bapa kepada Abdul Rahman iaitu Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad pula ialah Orangkaya Setia Minyak Beku II pada 1855-1862 dan bapa Orangkaya Ismail iaitu Ahmad bin Daing Abdul Rahman menjadi Orangkaya Setia Minyak Beku I pada 1811-1855. Daing Ahmad adalah daripada keturunan Daing Indera Perma Paso berasal dari Sulewasi. Banyak saudara beliau menjadi Orangkaya Muar atau Padang. Daing Abdul Rahman telah dihantar dan disaran oleh saudaranya, Orangkaya Muar mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah berjaya melumpuhkan kegiatan lanun di perairan Batu Pahat. Pada mulanya mereka menjunjung kedaulatan Sultan Melaka kemudian Sultan Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang kemudiannya menjadi sultan pada tahun 1885.

Keturunan Tun Dr. Ismail mempunyai hubungan rapat dan bercantum dengan nenek moyang Tan Sri Noah, Tun Dr. Awang Hassan dan Orangkaya-Orangkaya Muar. Mengikut sejarah, pusat pemerintahan datuk nenek moyang mereka yang telah dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada anak raja Melayu keturunan Bugis Campa ialah di Bukit Makmur atau Bukit Mor, Muar. Sejak itu, keluarga ini turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan sekitarnya.

Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru. Seterusnya beliau menuntut di English College, (Maktab Sultan Abu Bakar). Kemudian, beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Kolej King Edward VII, Singapura pada tahun 1935-1937, tetapi beliau tidak berjaya menamatkan pengajian kerana kurang meminati bidang perubatan yang ditentukan oleh bapanya.

Bapanya, Dato’ Abdul Rahman merupakan seorang yang sangat menitikberatkan pelajaran keluarga hingga ke peringkat tertinggi. Beliau menghendaki anak-anaknya berkelulusan daripada pelbagai bidang profesional selain peguam. Ketika itu, kerjaya peguam merupakan trend dan kebanggaan keluarga elit. Dato’ Abdul Rahman memilih anaknya Tun Dr. Ismail mempelajari ilmu perubatan kerana bersesuaian dengan sikap beliau yang agak pendiam , tegas, cekap dan cepat membuat keputusan dan tindakan. Dr. Ismail pula meminati bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam seperti bapa dan abangnya, Sulaiman.

Adik-beradik Tun Dr. Ismail selain Dato’ Sulaiman ialah Khadijah, Abdullah, Aishah, Md Yassin, Rafiah, Zubaidah dan Fatimah. Semua adik-beradik beliau berpelajaran tinggi dan menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat awam. Abangnya, Sulaiman ialah salah seorang anggota Kumpulan Tujuh dan pemimpin UMNO berijazah undang-undang dari Universiti Cambridge dan pernah menjadi Menteri Kabinet dan Persuruhjaya Malaysia ke Australia. Begitu juga dengan yang lain seperti Senator Abdullah, Dr. Zubaidah, YB. Md Yassin dan Fatimah.

Walaupun gagal untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Singapura, Tun Dr. Ismail tetap berkobar-kobar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di England, tetapi tidak mendapat biasiswa kerana beliau daripada keluarga berada. Bapanya pula tidak bersetuju beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Bapanya hanya bersetuju membiayai pelajaran Tun Dr. Ismail sekiranya beliau sanggup melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Australia. Beliau akur dengan kehendak bapanya. Beliau berjaya malah menjadi pelajar yang sangat tekun dan gigih. Tun Dr. Ismail merupakan pelajar Melayu pertama yang lulus dalam bidang perubatan di Australia.

Penglibatan Tun Dr. Ismail dalam persatuan pelajar ketika di Singapura dan di Australia telah menampilkan ketokohan dan pemikiran beliau terutamanya terhadap kemajuan pendidikan dan perpaduan Melayu. Setelah tamat pengajiannya di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945, beliau telah berkhidmat di Hospital Tentera Australia. Setelah perang tamat, beliau kembali ke tanah air pada 1947 dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai pembantu pegawai perubatan di Hospital Johor Bahru sehingga 1948. Beliau telah melepaskan jawatannya dan membuka klinik sendiri bernama Klinik Tawakal di Johor Bahru kerana aktif dalam persatuan dan tidak suka terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Johor. Pada ketika itu beliau juga dipengaruhi oleh keadaan bapa dan keluarganya serta ahli Kumpulan Orang Tujuh yang telah dipecat oleh sultan.

Tun Dr. Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd. Seth, anak salah seorang pembesar Johor pada tahun 1950. Mereka telah dikurniakan enam orang anak, empat orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Mohd. Taufik (1951), Zailah (1953), Badariah (1957), Mohd. Tarmizi (1960), Zamkhasani (1964) dan Mohd. Arif (1967). Dato’ Mohd. Seth, bapa Toh Puan Norashikin merupakan salah seorang daripada ahli rombongan yang menuntut kemerdekaan 1956 di London sebagai mewakili Sultan Johor.

Tun Dr. Ismail mewarisi sifat keyakinan diri yang tinggi dan suka berdikari. Beliau menjalankan perniagaan dengan membuka kelinik perubatan sendiri yang dinamakan Klinik Tawakal. Beliau suka membantu orang miskin dan yang kurang bernasib baik terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Penglibatan aktif beliau dalam persatuan bukan politik seperti Persatuan Bekas Mahasiswa Luar Negeri Johor atau Persatuan Siswazah Melayu Johor yang ditubuhkannya, mendorong beliau dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Johor pada tahun 1948 dan seterusnya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Johor. Beliau hanya menceburkan diri dalam parti politik atas permintaan bapanya. Beliau bersama-sama dengan bapa dan keluarga besarnya serta ahli-ahli Persatuan Melayu Johor yang diketuai oleh bapanya sendiri menganggotai UMNO pada 1951 setelah Dato’ Onn meninggalkan parti itu.

Pada tahun 1952, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap tanah, lombong dan perhubungan. Pelantikannya selaku ahli kabinet kepada Tun General Templer adalah atas permintan YM Tunku Abdul Rahman. Pada Julai 1955 beliau telah bertanding dalam Pilihanraya Persekutuan Pertama dan menang di Kawasan Johor Timur. Berikutan dengan kemenangan itu, beliau dilantik menjadi Menteri Hasil Bumi dalam Pemerintahan Kerajaan Bersendiri dan pada 1956 menjadi Menteri Perdagangan dan Perusahaan Malaya yang pertama.
Tun Dr. Ismail ialah seorang tokoh pemimpin Melayu yang berprinsip dan setia. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kepercayaan YM Tunku Abdul Rahman. Beliau dan Tun Abdul. Razak sentiasa bersama-sama dalam perbincangan untuk menuntut kemerdekaan negara sehingga berjaya diperoleh pada 31 Ogos 1957.

Pada September 1957, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu bertaraf menteri ke Amerika Syarikat di samping menjadi Ketua Tetap dan Wakil Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa-Bangsa Bersatu hingga Februari 1959. Kemudian, beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada bulan Ogos 1959 dan menjadi Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada November 1960.
Beliau telah menyumbangkan banyak jasa dan memainkan peranan penting ketika pembentukan Malaysia dan menjadi Menteri Keselamatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Beliau juga bertangggongjawab menubuhkan ASEAN dan mewujudkan persefahaman Zon Bebas ASEAN dari segala pengaruh dan campurtangan kuasa tentera asing dan ideology. Beliau terus gigih berkerja meskipun kesihatannya kerap terganggu kerana mengidap barah dan sakit jantung. Kesihatannya bertambah parah apabila berlaku perpisahan Singapura dari Malaysia pada Ogos 1965. Beliau telah bersara awal pada 1 Jun 1967 kerana masalah kesihatan yang bertambah buruk dan memaksa beliau mengikuti rawatan dan berehat.

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, beliau berasa amat bersemangat untuk menyumbangkan bakti semula tanpa menghiraukan masalah kesihatannya. YAB Tun Abdul Razak pula sangat mengharapkan kesediaan beliau menyambung tugas kerana beliau ialah seorang tokoh pemimpin Melayu yang sangat ikhlas, jujur, taat, serius dan tegas serta cekap dan mempunyai pandangan jauh yang sangat penting untuk perpaduan dan keharmonian sebuah negara bangsa. YAB Tun Abdul Razak telah memujuk beliau menganggotai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berikutan dengan perisytiharan Darurat 1969. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi Penolong Pengarah dalam Majlis Perundingan Negara. Majlis ini berperanan untuk memberikan nasihat kepada MAGERAN tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum. Bertitik tolak daripada hakikat tersebut, maka dicipta RUKUNEGARA. Satu lagi yang diputuskan oleh Majlis Perundingan Negara ialah Dasar Ekonomi Baru.

Sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail merupakan seorang yang tegas dalam membanteras gejala rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada 23 Februari 1970, beliau telah mengumumkan satu rang undang-undang tambahan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu Ordinan No. 23 Kuasa Perlu Darurat 1970 dikuatkuasakan. Selaku Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah memberikan sokongan yang kuat terhadap Rang Undang-undang (Pindaan Perkara Sensitif) Perlembagaan di parlimen yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 23 Februari 1971.
Dalam susunan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1 Januari 1973, Tun Dr. Ismail terus diamanahkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di samping Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Dalam menghadapi sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara, beliau sangat tegas menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kawan dan pihak lawan.

Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah beberapa kali menanggung kerja dan memangku tanggungjawab dan tugas Perdana Menteri ketika YAB Tun Abdul Razak ke luar negeri sama ada bercuti atau melakukan lawatan rasmi. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga ke akhir hayatnya.

Pada hari Khamis, 2 Ogos 1973, adalah merupakan hari terakhir beliau sebagai seorang negarawan. Beliau sempat merasmikan perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada pukul 4.22 petang. Pada pukul 10.00 malam, Tun Dr. Ismail telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya No. 22, Jalan Maxwell, Kuala Lumpur. Pada hari Jumaat, 3 Ogos 1973, jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Negara selepas upacara sembahyang Jumaat. Jenazah Tun Dr. Ismail telah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara pada pukul 6.30 petang. Kini, sudah tiga puluh lapan tahun perginya seorang tokoh negarawan yang amat berjasa. Negara amat merasa kehilangannya, seorang tokoh pemimpin yang sangat berdisiplin, tegas, berprinsip, ikhlas dan jujur.



Petikan asal daripada: http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com

Bangga Diri, Hidung Tinggi dan Senioriti




Assalamualaikum & hi all~ :)

Peristiwa 1:

Lokasi: Asrama sekolah
“Berlagak punya junior. Tak tahu nak hormat senior ke? Baru sehari dua masuk asrama nak tunjuk bagus.”

Peristiwa 2:

Lokasi: Pejabat
“Wah, bukan main lagi staf baru ni. Melaram mengalahkan kita yang dah lama kerja. Tak boleh jadi ni!”

Peritiwa 3:

Lokasi: Pusat membeli belah
“Eeee jenama apa ni??? Tak pernah dengar pun! Design macam ni pun ada jual ke? Silap la orang macam aku nak beli.”

Peristiwa 4:

Lokasi: Rumah
“I kalau beli handbag, tak boleh la beli kat dalam negara. Nanti sama dengan orang lain. Jadi low class I nanti. Tak payah keluar negara pun, I order online aje…”

Peristiwa 5:
Lokasi: kafe
“Hand phone zaman apa kau pakai ni Man? Sekarang ni orang pakai touchscreen la. Kalau aku  segan nak keluarkan hand phone macam tu. Haha”

Pernah berada dalam situasi seperti di atas? Mungkin pernah. Mungkin tidak. Mungkin juga belum berkesempatan lagi. Sedarkah kita sifat sombong dan membangga diri itu merosakkan hubungan sesama manusia? Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan tersendiri. Sampai bila?

Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengingatkan dalam sebuah hadis:

“Seorang yang berbangga dengan keturunannya, sungguh ia menjadi arang api neraka, atau lebih rendah dari haiwan yang bermain-main di kotoran sampah” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Seringkali manusia lupa pada hakikat penciptaannya. Lupa bahawa dia diciptakan Allah dari tanah. Bermula daripada air mani yang hina yang keluar dari tempat sama keluarnya kotoran. Yang keluar dari kelamin dua kali. Pertama dari bapanya dan kali kedua dari rahim ibunya. Lupa bahawa di sebalik hebat pakaian yang dikenakan pada tubuhnya, dia tetap membawa kotoran di dalam perutnya. Dan kotoran itu diangkat lebih tinggi daripada kepala saat sujud menghadap Allah s.w.t. Dia juga lupa walaupun setinggi dan setegap manapun dirinya, takkan mampu dia menembus  bumi mahupun menggapai langit. Bahkan, tertusuk duri pun pasti dia akan berdarah. Akhir sekali, takkan satupun yang akan terkecuali daripada panggilan maut.

Rasulullah s.a.w bersabda, “...Bahawa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluru perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Saat seorang senior memandang dengan penuh jengkel orang baru yang memasuki tempat yang sudah beberapa tahun didudukinya, tidakkah terlintas di fikirannya bahawasanya dia juga bermula dengan keadaan yang sama satu ketika dahulu? Kurang ilmu. Kurang pengalaman. Perlukan bantuan. Setiap perjalanan di muka bumi ini bermula dengan langkah pertama. Kemudian disambung dengan yag kedua, ketiga dan seterusnya. Barang diingat, setiap langkah itu takkan mampu dilakukan tanpa izin Allah s.w.t. Sedarlah bahawa kita ini bukan siapa-siapa. Hatta setinggi apapun pangkat kita di dunia, setebal manapun pencapaian akademik kita, seberat manapun harta kekayaan kita, belum pasti keadaan yang sama menanti kita di akhirat.

Allah melarang kita menjadi sombong:

“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu skali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” (Al Israa’ 37)

“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Luqman 18)

Allah juga menyediakan neraka Jahannam buat orang yang sombong:

“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong.” (Al Mu’min 76)

Renung kembali diri sendiri. Wujudkah sikap-sikap seperti di atas dalam diri kita? Andai yang membaca rasa dirinya punya sikap sedemikian rupa, belum terlambat untuk memperbetulkan mana yang salah, menambah baik mana yang kurang. Semua manusia itu tak lari daripada membuat kesilapan.

Jadilah insan yang berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Insya Allah. Amin.

Monday, February 11, 2013

Pantai Bungai





Desir ombak tak mampu menyisir…
rindu hati pada tanah seberang hamparan air.
Seluas mata memandang,
kuatnya bahu yang memikul…
beban rasa untuk bersama yang tercinta.

Gulungan ombak bersilih ganti,
datang dan pergi…
Ibarat masa yang mencemburui,
Semalam bersama,
tapi tidak hari ini.

Alam seakan memahami…
Gelora bersarang dalam hati.
Ritik hujan jadi pengganti…
Air mata seorang lelaki.

Pesan pada angin.
Khabarkan pada mereka,
di sini baik semuanya.
Usah risau gundah gulana.

Selamat tinggal pantai.
Memandangmu terbit rasa puas.
Lepas sekelumit rindu.
Walau sesekali kita bertemu.

Cikgu Zul,
Pantai Bungai, Bekenu,
11 Februari 2013.








Sunday, February 10, 2013

You...



How can I say "going to miss you" since I'm missing you. So much. 

Thursday, February 7, 2013

Semangat berpengakap di SMK Lutong

Assalamualaikum. Hi all~

Lambat sehari untuk share dgn u guys cerita ni. Tapi masih tak terlambat untuk berkongsi satu kisah hapy yang berlaku semalam. Well, point utama nak di'hightlight'-kan dalam entri kali ni ialah pengakap kat my skool, tapi nak tambah satu lagi story yang berlaku pagi semalam. Pagi semalam ialah giliran aku menyampaikan ucapan motivasi semasa perhimpunan. Awal2 lagi Penolong Kanan Akademik dah ingatkan supaya tak lupa nanti. No problemo. Make it short, aku share cerita rakyat Burma. Tajuknya "The Old Alchemist". Apa kisahnya? Korang boleh tengok kat sini. Alhamdulillah. Ada bantuan dari sorang junior. Comrade LMP datang membantu untuk touch up sikit sebab dia cikgu BI. ;p Yang buat aku senyum pagi semalam, lepas perhimpunan tu, ada sorg cikgu datang sapa sambil kata "i really like your story Zul". Wahhh, berbunga2! hehe. Summore, pagi tadi masa perhimpunan tingkatan 5, Penolong Kanan HEM gunakan proverb yang aku selit semalam dalam ucapan dia. "Success is a ladder you can't climb with your hands in your pocket" :)

Ok. Enuff with motivational talk. Petangnya pulak, event yang aku tunggu2. Perjumpaan Pengakap!!! :D Yeahha! Pasukan unit beruniform yang paling ramai ahli iaitu 200++ dan aku saja guru yang ada ilmu pengakap. Sangatlah challengging. Nak tak nak, aku kena buat sistem base/stesen untuk buat aktiviti. Alhamdulillah, student2 form 6 aku sangatlah boleh diharap. 30 minit sebelum perjumpaan, dengan pantas aku ajar diorang serba sedikit apa pengisian perjumpaan kedua ni. Even benda basic, tapi penting sebab ni la asas pengakap. Persetiaan, undang2, ikatan asas, logo pengakap & sejarah pengakap.

Majoriti pengakap having fun! Ada la beberapa muka yang nampak mcm poyo aje, tapi lumrah la kan? 200 orang, ada yang join sebab terpaksa. Yang memang true scout, korang telah buat hati aku berbunga2. Mata aku berkaca2! hahha. Terima kasih sebab minggu ni tak ada pengakap kena tahan masa perhimpunan. Terima kasih sebab pakai uniform beramai2 masa perjumpaan walaupun sebelum ni korang dibenarkan pakai baju t + seluar sukan aje. Pengakap sekarang nampak lebih gagah! :D Well, PK Ko pun berapa kali gak aku tengok usyar2 dari jauh, hehe. Takpa. PBSM pegang Sarawak... Jangan risauuuu. ;p

Okay, last but not least, perjumpaan ditutup dengan lagu yippi yeayyy. Tepuk pengakap + persetiaan. Will wait more from you guys next! :D

Stesen belajar undang2 pengakap

Persetiaan + logo pengakap

Simpulan + ikatan. They love this!


Mengimbau sejarah pengakap.


Hilangkan penat di Kg. Pengkalan. :D~




Monday, February 4, 2013

Goodbye to you my trusted friend

Salam & hi!

Khamis lepas satu musibah berlaku. Cermin mata yang aku pakai sejak hampir 2 tahun pecah. Secara tak sengaja aku terpijak lepas solat subuh. Banyak kali dah aku letak spek atas sejadah bila solat. Tak sangka pulak kali ni boleh tak sedar, terus bangun dan.... Krakkkk. Hohoho

inilah damage dia. kesiannnn


Maka untuk hari tu aku ke sekolah pakai spek lama yang aku beli tahun 2006. hohoho. terpaksa la. dengan pandangan yang kurang jelas, kepala pening2 sebab tak cukup power melihat dan mood yang terus spoil, hari di sekolah tidakla mencapai tahap yang sepatutnya.

Malam tu terus ke Imperial Mall untuk tengok2 spek baru. Memandangkan aku pernah berurusan dengan kedai kat situ (D-Optics) dan aku puas hati dengan perkhidmatan diorang, memang dah buat keputusan untuk beli dari situ aje. tak payah nak survey2 nak beli kat mana.

Untuk beberapa hari, aku terpaksa menahan rasa tak selesa. Kepala pun pening sebab spek yang dipakai tak cukup untuk bantu pulih tahap penglihatan aku. hari Jumaat + Sabtu aku pakai spek itam Evisu sebab 'power' yang sama. Tapi bila malam, nak tak nak kena la pakai spek lama juga. Takkan pakai shades malam2. Gila. ;p

Akhirnya siap juga 'teman pengganti' hari ni. Alhamdulillah. Ringan. Jelas. Puas hati! Aku rekomen sesiapa yang nak buat spek kat kedai ni. :D

nice! :D

D-Optics @ Imperial Mall Miri



Okay, selamat malam... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...