Friday, September 24, 2010

Bersyukurlah...

Salam n' hye all~

Hari ini aku menempuh perjalanan agak jauh. Tanjung Malim ke kuala Lumpur. KL je pun... Tp, KL pun, mula-mula ke Kepong, lepas tu ke Bkt Jalil. Kemudian baru ke Maju Junction, Jalan TAR. Dalam kereta tertanya-tanya juga, kemana nak bersolat Jumaat nanti. Pukul 3 perlu menduduki peperiksaan. Takut tidak sempat. Dalam benak aku fikirkan Masjid di Balai Polis Dang Wangi yang dah tiada. Itulah masjid paling dekat. Masjid lain, Masjid Jamek. Kena naik LRT. "Solat Zuhur" aje lah~ huhuhu

Sampai di Medan Tunku, terus ke tempat letak kereta. RM5.50 sekali masuk. "kak, tak boleh diskaun 50 sen ka?" Aku gurau2 dengan akak jaga parking. Akak tu senyum. "Tak boleh dik..." "Faham kak... ;p" Matlamat seterusnya ialah Maju Junction dengan harapan mengisi perut yang lapar. Jam menunjukkan 12.45. Pagi tadi hanya jamah seketul roti sambal bilis dan sepaket milo kotak. Sampai sahaja di seberang jalan betul-betul di hadapan Maju Junction, aku minta Paie tolong tanyakan 2 lelaki yang sedang berjalan arah masjid. Kelihatannya mereka berjalan kaki, pasti lokasi masjid agak dekat.

"Masjid kat sana" kata mamat berbaju melayu ungu sambil tunjuk arah Jalan Masjid India. "masjid mana bang?" Aku tanya. "Masjid India" dia jawab. Hohohohoho. Dapat merasa dgr khutbah dalam bahasa Tamil hari ni. Sebelum ni dengar dari kawan je. Duduk KL agak lama, tapi tak pernah ke sana untuk Solat Jumaat. Sampai di Masjid India, kawasan depan Wisma Yakin dah dihampar tikar plastik panjang. Aku suruh Paie dan fazli ambil wudhu' dahulu. Aku jaga kasut di luar. Sambil-sambil berdiri di situ, aku melihat gelagat beberapa manusia yang agak selekeh, ada yang kelihatannya seperti bekas pondan. Ada yang tidak terurus dan ada yang nampak 'lalok'. Penagih barangkali.





Salah seorang liar memerhati tempat orang meletak kasut di tepi dinding tembok masjid. Aku perhati dengan teliti. Mana tahu kalau-kalau kasut kawan-kawan aku jadi mangsa. Alhamdulillah, perkara yang tak diingini tidak terjadi. Apa yang buat aku sayu, sedih, hiba, dan tersentuh masa itu ialah ketika ada manusia yang pemurah membawa makanan dalam bekas-bekas polisterina ke masjid. Belum lagi sampai ke masjid, manusia-manusia gelandangan itu terus menyerbu ke arah yang membawa makanan tersebut. Rakus sekali mereka berebut. Seperti tidak makan berhari-hari. Setiap mereka pasti membawa beg plastik atau beg tangan. Dapat satu mereka simpan. Kemudian, datang lagi orang lain yang mahu bersedekah. Juga makanan dalam polisterin. Sekali lagi suasana berebut kelihatan di luar masjid. Melayu. Cina. India. Sama-sama ingin mendapatkan makanan itu. hari Jumaat mungkin hari yang mereka tunggu-tunggu.



Aku terkedu sebentar. Ada lagi orang-orang seperti itu di bumi bertuah ini. Apalah nasib mereka-mereka itu kan? Mungkin mengharap belas orang ramai di kota raya penuh warna warni dan suka duka.

Selesai solat, kembali ke Maju Junction. Makan tengahari dengan pantas. Perut lapar, tapi sebab jantung berdebar memikirkan peperiksaan, kurang nikmat makan masa itu. sampai-sampai di pusat peperiksaan, tengok senarai nama di dinding dan menanti dipanggil masuk ke dewan peperiksaan.

Dup.Dap.Dup.Dap. 2 jam yang agak menakutkan. (errr... membekukan juga. tertanya-tanya macam mana la amoi-amoi yang berseluar atau berskirt pendek boleh tahan sejuk yang teramat sgt. ;p) Sampai masanya untuk tekan butang 'Tamat'. 3....2....1............,
LULUS!!! Alhamdulillah. Berkat solat Jumaat di Masjid India ;p



Kembali ke Tanjung Malim dengan hati suka.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya!!!


Salam n' hye all~

Hari ini hari raya. Pejam celik pejam celik, dah abes tempoh berpuasa dalam bulan Ramadhan. Imbas balik kenangan zaman dulu-dulu. Masa kanak-kanak, masa remaja... Hari Raya memang saat yang ditunggu-tunggu. Papa aku kata, kalau dulu aku tak dapat baju Kiko, tak pun Kiki Lala ataupun Ladybird memang tak sah. Zaman itu, jenama-jenama ni memang kira grand lah. Pengaruh iklan beb.

Main mercun dan bunga api memang aktiviti wajib masa dulu. Sekarang aku dah tak ada nafsu utk itu sebab dah bosan dah. Hahaha. Ye lah, dulu nak main yang jenis apa? Semua aku dah rasa.

Makan-makan hari raya pulak, memang aku kurang sikit kat biskut2 atau kuih muih ni. Hidangan atas mena makan tu la yang aku nantikan. Hahahaha.

Situasi sekarang agak berbeza. Kegembiraan raya taklah macam zaman kanak-kanak dulu. Kemeriahan itu terasa, tapi dalam konteks lebih dewasa. Nak gembira sangat pun, banyak benda dalam kepala. Kuliah, projek, aktiviti-akiviti di universiti...

Mungkin kemeriahan yang lebih menarik akan terasa bila dah berumahtangga pulak nanti ;p. hahahaha. Sabar....

Apapun, cuti ada seminggu lagi. Mama akan masak macam2. Perut ini sudah mengidam masakan hebat mama. Yum yum~

Lagi satu, hari ni buat aku senyum dengan lebar~ Tak sangka ramai juga yang ingat kat aku... Terima kasih untuk semua ucapan itu. Borak2 pun best. Tak cukup via fone, sambung kat laptop. ;p THANKS! hahahahaha. rasa tak puas bersembang. Gelak2 ;p

Okay guys, Selamat Hari Raya sekali lagi~ ;)

Saturday, August 28, 2010

Pemimpin Baik & Pemimpin Buruk (Good & Bad Leaders)


Salam & hye all~

Buat renungan semua.

Pemimpin baik:

1) Mempunyai misi dan visi yang berlainan dari orang lain, tetapi masih boleh diterima umum.

2) Keluar daripada zon selesa dan melakukan perubahan.

3) Mengambil risiko, sedia berkorban dan sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat

4) Menanamkan keyakinan dalam diri orang lain kerana mereka sendiri berkeyakinan tinggi

5) Mencipta persetujuan secara muafakat

6) Mampu mengubah iklim dalam organisasi dengan karisma yang ada dalam dirinya

7) Seorang pendorong yang baik

8) Seorang yang positif

9) Mendahulukan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri

10) Mampu menarik ramai pengikut

11) Membawa perspektif baru dalam penyelesaian masalah

12) Seorang yang boleh melakukan setiap apa yang difikirkan

13) menjadi sumber ilham orang di sekitarnya


Pemimpin buruk:

1) Mendesak dalam kumpulan, organisasi mahupun komuniti.

2) Tidak mewakili rakan mahupun orang bawahannya

3) Bersikap keanak-anakan apabila tidak mendapat apa yang diingininya

4) Suka bergossip dan menyebarkan khabar angin

5) Tidak memberi penghargaan kepada orang lain atas prestasi yang ditunjukkan

6) Menggunakan terma-terma dan istilah-istilah yang hanya mereka sahaja memahaminya

7) Percaya bahawa mereka lebih bijak daripada orang lain

8) Tidak menyedari bahawasanya orang ramai tidak menghormati mereka

9) kelihatan tidak berfungsi dalam keseluruhan organisasi

10) Tidak sukakan peraturan, proses dan prosedur kecuali bagi orang lain

11) Membuat kesimpulan sebelum mengkaji kesahihan sesuatu perkara

12) Tidak mengumpulkan pendapat orang ramai melainkan perkara-perkara yang selari dengan pemikirannya.

13) Membunuh organisasi melalui keangkuhannya dan keengganan mendengar pendapat orang lain.

14) Berdiam diri bila mana mereka perlu bersuara

15) Bersuara bila mana mereka sepatutnya diam.

Siapakah pemimpin anda? Ciri-ciri yang manakah jelas kelihatan dalam dirinya? Renung-renungkan...

Friday, August 13, 2010

Selamat Datang Ramadhan~


Salam n' hye all...

Ramadhan datang lagi. Sudah tiga hari. Masa berlalu terasa cepat sekali...

Terawih pertama masjid penuh. Muka jemaah semangat sungguh. Ramai buat lapan je, badan lenguh-lenguh.

Kat pekan, lagu Raya dah kedengaran. Promosi jualan besar-besaran. Tak siapa hairan...

Awal-awal ni rajin juga memasak. Mengikut selera tekak. Lepas rindu masakan emak.

Bazar Ramadhan jadi tumpuan. Baik lelaki atau perempuan. Kena bijak buat pilihan.

Sedang ramai berkira-kira. Berapa pasang persalinan Raya. Penting ke??? Aku bertanya.

Kuliah oh kuliah... Yang rumahnya jauh termengah-mengah. Sampai kelas terus lemah.

Tiket bas nampaknya laris. Mungkin ada yang dah habis. Johor paling selatan, paling utara Perlis.

Baru tiga hari. cukup la setakat ni. Nanti-nanti tulis lagi.

;)

Thursday, August 12, 2010

Teori Mistridiri

Sedar.Sangka.Duga.Jangka.

Datang.Tiba.Muncul.Hadir.

Kembang.Segar.Suka.Tawa.

Pening.Debar.Panas.Pitam.

Yakin.Tenang.Sabar.Pasti.

Adakah...???

Monday, August 9, 2010

How beautiful a day can be when kindness touches it!


Salam n' hye all~

Tajuk di atas itu adalah status FB aku hari Jumaat lepas. Pagi2, nak cari mood dan bermotivasi sikit aku pun cari la satu quote yang sesuai. So, dapatlah quote ini oleh George Elliston :)

Law of attraction pun bermula :p

Tak lama lepas itu, aku dapat sms. Dari seorang kanak2 ;p hahaha. Kanak-kanak itu mahu pulang ke kampung halamannya. Bertemu mak dan abahnya dan adik-adiknya yang tercinta. Tapi, masalahnya... Dia tak pernah pulang tanpa teman. Tak tahu lokasi perhentian bas yang baru di KL. Dan TAKUT. Sangat takut barangkali! :D

Okay. Problem is temporary. Satu jalan penyelesaian perlu diambil. Seorang kanak-kanak perlu dikembalikan kepada keluarganya! "Kau tak ada rasa kasihankah Zulfadli?????" Suara dalam hati dengan keras bertanya. Huhuhu. "Okay~" ;)

Penyelesaian untuk permasalahan ini cukup mudah.

1.Seorang kanak2 nak pulang tapi tak tahu jalan pulang
2.Aku pun mahu pulang
3.Pulang, marilah pulang... marilah pulang, bersama-sama~ Erkkk...ini tidak dikira ;p

Beberapa hari sebelum itu aku dah janji dgn Nik mahu tolong dia dan adiknya. Kedua-duanya mahu bercuti kat PD dgn famili. Tapi, sebab dia kerja dan adiknya tuisyen, Nik minta tolong jemput dia kat Subang... then follow aku ke PD. No big deal fren! ;)

So, aku akan ke KL juga. Tak ada masalah utk tunjukkan jalan pulang untuk kanak2. Then singgah Ampang jumpa kawan2, then rehat kat rumah Abang Kuchai. Malam itu baru ke Subang jemput Nik dan adiknya. Okay~ Plan yang bagus :D

Well, sangat hapy perjalanan ke Bukit Jalil. Semuanya pun dipermudahkan. Senyum. Kelakar. Panas (suhu, bukan emosi). Ketawa. Kasihan. Semua sekali ;)

Kisahnya: Dari Ampang untuk ke Bkt Jalil, pengguna STAR LRT kena transit di Chan Sow Lin. Okay, dari Ampang tiada masalah. Masalah masa dari BKT Jalil ke Ampang. Ok, sebelum itu aku yang tengah duduk dalam LRT perasan ada sorg kakak pregnant ni mcm pandang aku jek. Senyum. Manis orgnya. Okay kak... my seat for u! "Akak nak duduk???" Dia senyum :) Maka berdirilah aku dan senyum sebab dah buat satu kebaikan :) Then sampailah kat Chan Sow Lin. Transit utk ke Ampang sebab tren itu akan ke Sentul. Aku yang keluar dari tren dengan yakinnya masuk tren yg sedang berhenti kat platform sebelah. Bila dah jalan, pengumuman kata next station Cheras. HAHAHAHAHA. Aku menuju Bkt Jalil balik. Tidaakkkkkkk. hahaha. Ok. Fine. Turun balik kat Cheras, tggu tren lain. Berhenti balik kat Chan Sow Lin. Ok. Kali ni aku study betul2. Oh! Rupa-rupanya ada tulisan bergerak kat papan elektronik itu yang akan beritahu tren yg berhenti itu ke Sri Petaling atau Ampang. Hahahahaha. Okay. Masa duduk2 menanti tren, sorg budak lelaki dtg dekat bertanya "Abang, nak ke Ampang kat sini ke?" Aku pun jawab "Yup. Tengok kat tulisan tu. Abang td dah terkena dik." hahahaha. Kami pun sembang lah sikit. Kesian gak tgk adik tu mcm cemas. Takut. Penat. Dia belajar dalam tingkatan 2. Sekolah agama swasta kat JB. Dtg KL nak dok umah makcik dia sebab cuti seminggu menyambut Ramadhan. AKu offer dia 100 Plus yang tinggal kurang separuh (courtesy of kanak2). Nampak dia letih. :) Satu lagi kebaikan~ :) Yang rasa best lagi, masa tren dah sampai Ampang, dia salam aku sambil cium tangan aku. Huhuhu. Aku pesan dia jalan baik2. KL mcm2 orang ada. Yes! He met the right person. Macam aku dulu, pernah sekali kat Pasar Seni kena tipu. Muka mintak simpati kata motor rosak. Skali, penipu. Masa tu kanak2 lagi. Pengajaran!

Well, sampai Ampang, jumpa Lee, Syah, Mala dan Nisa'. Borak2 kat Mc.D dalam setengah jam. Then ke rumah Abang Kuchai utk refresh. Malam tu ke rumah Nik. Dia dah siap masak mi goreng "murahan" bak kata adik dia. Hahaha. Bahan dah abes katanya. ;p Takpe beb, rezeki.

Well, hari itu aje aku dah temukan 3 insan dengan org yang diorg mahu temui. :D hahaha. Penat! Tapi berbaloi. Sampai sekarang akan senyum teringatkan kisah itu. :D

Thursday, July 29, 2010

Yeah, she's an IDIOT @*%#*&$!!!

Salam n' hye all...

Hari ni aku jadi macam bola. Matlamat cuma satu. Nak selesaikan proses tempahan auditorium utama, audi 1 dan audi 2. Borang2 yang perlu dihantar untuk 2 jabatan berlainan tunggu nak diambil kat pejabat fakulti.

Minggu lepas, aku dah naik angin. Kat siapa? Kat pembantu peribadi aka PA Dekan. Aku yang tak sedar kat luar pintu ada notis (dia tampal kat dinding yang tak memungkinkan aku menyedarinya) segala urusan minta t.t dekan kena ke pejabat fakulti di bawah terus masuk pejabat dan nak serah borang. Dengan muka toya, dia kata "tak baca ke notis kat luar???". Perghhhh. Itukah jawapan seorang kakitangan kepada seorang pelanggan??? Aku yang terus naik angin balas sikit "Pensyarah saya suruh saya submit kat sini. mana saya tau. In fact, saya tak perasan pun ada notis!".

Tak pasal2 aku yg cuba menghappykan diri naik hangin.

Dan, hari ni, perkara sama berlaku. Semalam aku tanya kat pejabat fakulti, diorg kata masih kat pejabat dekan. Check kat pejabat dekan, tak tandatangan lg. hari ni mula2 aku ke pejabat fakulti. Kata diorg dah antar ke jabatan2 terbabit. Tapi, untuk kepastian, better check dgn pejabat dekan. Okay. Aku gagahkan diri ke atas. AKu tanya baik2. Borang tempahan dah dihantar ke bawah ke? Dia terus buat muka balik sambil kata "Ni yang nak jawab ni. nak kena debat ni." Erk... aku tanya baik2 la PEREMPUAN oiii. Ya Allah... Siapa la lelaki bertuah dapat pompuan mcm ni agaknya. Yg membuatkan aku rasa terhina, sorg lg staff tanya kat aku. "Adik ni sem berapa???". Whattaaaaaa~ Perghhh. What the hell is goin to do with what semester i am??? Warghhhh. Aku plan mau bagi kaw2 those ignorants. Tp, tetiba dekan keluar. Nasib diorg baik. Respek kat dekan. kalau tak, mahu aku bagi diorg rasa mcm mn feel dia staff2 customer service yang kena maki dgn customer. Aku ke bawah. Cakap baik2 dengan staff pejabat fakulti. Dan bagi gentle reminder untuk ingatkan pompuan kat atas itu. Seriesly... Aku tak puas hati.

Phew. Sampai sekarang ni, tugas mendapatkan auditoriu utk AGM PPMas next week lom selesai. Aku harap esok settle semua. Insya Allah. Satu apa pun kerja rumah aku tak settle ari ni. balik2 rumah, bukak fb... pun ada yang provoke. Kata tak guna attend AGM persatuan. Perghhhhhh. well, kalau la diorg rasa mcm mn seksa handle persatuan. Nnt kat dunia sebenar kat luar sana ko rasa la.... phew.

Again, tht idiot lady aka PA Dekan... Tak tahulah ko ni pompuan jenis apa. Harap2 Allah bagi petunjuk kat ko nanti. Insya Allah... Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...