Sunday, May 10, 2009

Kasut Tumit Tinggi Bahaya!!!


Salam n’ Hye!!!

Tajuk ni mungkin akan menakotkan sesetengah kawan2 pompuan! Huhuhu. Kerana gaya, sanggup mengundang bahaya!

Kenapa?

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggul ke belakang. Hal ini membuatkan spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki, tetapi keseluruhan badan!

Kesan lain pemakaian kasut tumit tinggi dengan terlalu lama antaranya kencing tak lawas, masalah belakang & tulang pinggul, kesakitan bahagian rahang, leher, kepala, gangguan kitaran haid seterusnya masalah kesuburan. Huhuhu.
Dengan berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun, tendon Achhilles menjadi pendek menjadikan sakit tumit.

Pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, US, Prof. Madya Dr. John Marymont, seseorang yg memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki.

Masalah lain akibat pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang runcing dan ketat pd bhg depan. Hal ini menjadikan saraf ditekan dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf seterusnya membawa kepada kesakitan dan pembedahan mungkin perlu utk memulihkannya.

Berdasarkan info ni, harap2 org pompuan tak lagi menyeksa diri korang. Tak pakai kasut tumit tinggi tak semestinya tak cantik... kan???
;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...