Monday, October 19, 2009

Ketinggian Bahasa Mencerminkan Ketinggian Peribadi

Salam n' Hye all~

Lama. Rasa lama sangat2 tak berkongsi sesuatu kat sini. Tugasan. Aktiviti itu ini. Mesyuarat. Phew~ Hari ni dapat juga berkongsi sesuatu. Insya Allah. Tulisan kali ini berkenaan dengan ketinggian bahasa. Kita sudah biasa menggunakan bahasa pasar. Bahasa yang biasa2. yeppp. lebih mudah. Lebih mesra. Cuma, dalam kita berbahasa pasar, kadangkala kita secara sedar atau tidak mungkin mengguris perasaan orang lain ataupun membuatkan orang lain kurang senang.

Kisahnya berlaku semalam. Masa aku tengah meniaga, singgah satu kereta Toyota Wish. Memang aku kenal owner dia. Tokey ayam kat pasar. Dia ni muda lagi dari aku. Dah kawin. Dah beranak. Now mewarisi perniagaan ayam arwah ayah dia. So, rezeki murah. Alhamdulillah.

"Dik... Pau apa ada???"

PERGH!!! ADIK??? huhuhu

Terus aku teringat kata2 Prof. Abdullah Hassan. "Gunakan Bahasa Melayu tinggi. Saya sendiri pernah di-adik-adikkan oleh seorang jurujual."

Aku layan jugak pelanggan ni. Dalam hati aku terdetik. Mungkin kita kaya harta. Tapi tak tentu lagi kaya budi bahasa."

Tak lama dulu aku kena adik-adikkan oleh bininya. Semalam laki dia yang meng-adik-adikkan aku. Hahaha. Hm...

Jadi, pesanan aku buat kawan-kawan. Biar kita tunjuk rasa hormat kat seseorang tu walaupun nampak dia lagi rendah taraf dari kita. Tak semestinya kita kaya, kita pandang rendah kat org lain. hm...

Walaupun kita sukar menggunakan Bahasa Melayu tinggi, tak salah budi bahasa itu ditinggikan.

;)

4 comments:

myQza said...

erk!! maaf ye aku nak tanya...


dik or adik tu bahasa kurang sopan ke?? atau aku tak berapa faham apa yg ko cuba sampaikan??

bagi aku adik or dik tu.. panggilan yg baik.. dari dia panggil..

'wey. pau ada?'
atau..

hoi... pau ada??

boleh terangkan pd aku sekali lagi tak apa sebenarnya panggil yg sesuai di gunakan untuk menggantikan perkataan dik @ adik itu?

maaaf dan terima kasih!

zulfadli amzar said...

Terima kasih kerana bertanya.

Yep~ bagi seseorang yang sedar dirinya lebih tua. Di-adik-adikkan oleh seorang yang lebih muda, tak ke rasa direndah-rendahkan???

Kita boleh rasa, org yang kita nak sapa atau tegur tu lebih muda atau tua dari kita.

Bukankah molek kalau dipanggil abang? memang kalau ikut bahasa melayu tinggi (dari sudut etika) panggil abang pun salah. mesti guna encik, cik, atau puan.

Tapi, sesuai dengan bahasa pasar, eloklah kita tunjuk rasa hormat lebih sedikit kepada seseorang yang kita ajak berkomunikasi.

Pernah tak kamu berhadapan dengan situasi ini???

Kamu menyapa seorang makcik sebagai kakak. dan makcik itu menegur. rasanya, saya lebih sesuai dipanggil makcik.

jadi, situasi sebeginilah yang saya cuba tunjukkan.

kelihatannya saudari sedikit beremosi di situ. kenapa ya???

Teru teru bōzu(てるてる坊主) said...

kita perlu menilai rupa paras, situasi, dan keadaan sekitar dahulu sebelum seseorang itu kita panggil adik, hoi,atau wei sekalipun... takkan la kalau kita sudah menilai orang tersebut lebih berumur kita nak panggil adik kot.....

Bagi saya panggilan wey,hoi sesungguhnya tidak kena langsung dengan apa-apa jua keadaan kecuali jika seseorang itu hendak diajak bergaduh....kalau untuk bergaduh silakan guna perkataan itu.. dan hadapilah pelempang..atau dipukul oleh yang mendengarnya...

Kita harus faham situasi sebelum memanggil kata ganti diri seseorang.. Bahasa Melayu kaya dengan sopan-santun dan jadikan Budi Bahasa Budaya kita...

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...