Monday, August 9, 2010

How beautiful a day can be when kindness touches it!


Salam n' hye all~

Tajuk di atas itu adalah status FB aku hari Jumaat lepas. Pagi2, nak cari mood dan bermotivasi sikit aku pun cari la satu quote yang sesuai. So, dapatlah quote ini oleh George Elliston :)

Law of attraction pun bermula :p

Tak lama lepas itu, aku dapat sms. Dari seorang kanak2 ;p hahaha. Kanak-kanak itu mahu pulang ke kampung halamannya. Bertemu mak dan abahnya dan adik-adiknya yang tercinta. Tapi, masalahnya... Dia tak pernah pulang tanpa teman. Tak tahu lokasi perhentian bas yang baru di KL. Dan TAKUT. Sangat takut barangkali! :D

Okay. Problem is temporary. Satu jalan penyelesaian perlu diambil. Seorang kanak-kanak perlu dikembalikan kepada keluarganya! "Kau tak ada rasa kasihankah Zulfadli?????" Suara dalam hati dengan keras bertanya. Huhuhu. "Okay~" ;)

Penyelesaian untuk permasalahan ini cukup mudah.

1.Seorang kanak2 nak pulang tapi tak tahu jalan pulang
2.Aku pun mahu pulang
3.Pulang, marilah pulang... marilah pulang, bersama-sama~ Erkkk...ini tidak dikira ;p

Beberapa hari sebelum itu aku dah janji dgn Nik mahu tolong dia dan adiknya. Kedua-duanya mahu bercuti kat PD dgn famili. Tapi, sebab dia kerja dan adiknya tuisyen, Nik minta tolong jemput dia kat Subang... then follow aku ke PD. No big deal fren! ;)

So, aku akan ke KL juga. Tak ada masalah utk tunjukkan jalan pulang untuk kanak2. Then singgah Ampang jumpa kawan2, then rehat kat rumah Abang Kuchai. Malam itu baru ke Subang jemput Nik dan adiknya. Okay~ Plan yang bagus :D

Well, sangat hapy perjalanan ke Bukit Jalil. Semuanya pun dipermudahkan. Senyum. Kelakar. Panas (suhu, bukan emosi). Ketawa. Kasihan. Semua sekali ;)

Kisahnya: Dari Ampang untuk ke Bkt Jalil, pengguna STAR LRT kena transit di Chan Sow Lin. Okay, dari Ampang tiada masalah. Masalah masa dari BKT Jalil ke Ampang. Ok, sebelum itu aku yang tengah duduk dalam LRT perasan ada sorg kakak pregnant ni mcm pandang aku jek. Senyum. Manis orgnya. Okay kak... my seat for u! "Akak nak duduk???" Dia senyum :) Maka berdirilah aku dan senyum sebab dah buat satu kebaikan :) Then sampailah kat Chan Sow Lin. Transit utk ke Ampang sebab tren itu akan ke Sentul. Aku yang keluar dari tren dengan yakinnya masuk tren yg sedang berhenti kat platform sebelah. Bila dah jalan, pengumuman kata next station Cheras. HAHAHAHAHA. Aku menuju Bkt Jalil balik. Tidaakkkkkkk. hahaha. Ok. Fine. Turun balik kat Cheras, tggu tren lain. Berhenti balik kat Chan Sow Lin. Ok. Kali ni aku study betul2. Oh! Rupa-rupanya ada tulisan bergerak kat papan elektronik itu yang akan beritahu tren yg berhenti itu ke Sri Petaling atau Ampang. Hahahahaha. Okay. Masa duduk2 menanti tren, sorg budak lelaki dtg dekat bertanya "Abang, nak ke Ampang kat sini ke?" Aku pun jawab "Yup. Tengok kat tulisan tu. Abang td dah terkena dik." hahahaha. Kami pun sembang lah sikit. Kesian gak tgk adik tu mcm cemas. Takut. Penat. Dia belajar dalam tingkatan 2. Sekolah agama swasta kat JB. Dtg KL nak dok umah makcik dia sebab cuti seminggu menyambut Ramadhan. AKu offer dia 100 Plus yang tinggal kurang separuh (courtesy of kanak2). Nampak dia letih. :) Satu lagi kebaikan~ :) Yang rasa best lagi, masa tren dah sampai Ampang, dia salam aku sambil cium tangan aku. Huhuhu. Aku pesan dia jalan baik2. KL mcm2 orang ada. Yes! He met the right person. Macam aku dulu, pernah sekali kat Pasar Seni kena tipu. Muka mintak simpati kata motor rosak. Skali, penipu. Masa tu kanak2 lagi. Pengajaran!

Well, sampai Ampang, jumpa Lee, Syah, Mala dan Nisa'. Borak2 kat Mc.D dalam setengah jam. Then ke rumah Abang Kuchai utk refresh. Malam tu ke rumah Nik. Dia dah siap masak mi goreng "murahan" bak kata adik dia. Hahaha. Bahan dah abes katanya. ;p Takpe beb, rezeki.

Well, hari itu aje aku dah temukan 3 insan dengan org yang diorg mahu temui. :D hahaha. Penat! Tapi berbaloi. Sampai sekarang akan senyum teringatkan kisah itu. :D

2 comments:

iniiqa said...

abg zul,iqa nak berkenalan la dengan kanak2 tu.

=)

fadly amzar said...

Boleh! pasni kita ajak dia makan2 k! Dia dah janji mau belanja makan once sampai Tg. Malim :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...