Monday, December 12, 2011

Cikgu!!!


Assalamualaikum. Hi~

Jumpa lagi kita kat sini. :D

Menggagahkan diri untuk menulis semula. Banyak kisah menarik yang belum sempat dikongsi kat sini. sekurang-kurangnya, nanti bila dah tua boleh tengok balik + mengenang kisah lalu. ;p

Okay. kita mulakan dengan kisah seorang guru. Siapa? Aku la. :D :D :D. Bermula dari 9 Mei - 26 Ogos, aku telah menjalani praktikum di SMK Tinggi Port Dickson aka STPD aka Sekolah Tinggi PD. Sekolah aku dulu masa form 1 sampai form 3.

Meh aku cerita apa yang best, apa yang kurang best dan apa yang tak best. :D :D :D Alhamdulillah, praktikum kat STPD aku berpeluang ajar subjek Pengajian Am kat student lower 6. Memang aku harap dapat ajar subjek yang juga bidang pengajian aku kat UPSI sebab kalau bukan masa praktikum, bila lagi dapat peluang kan? Aku diberi tanggungjawab mengajar 3 kelas. Sastera 1, Sastera 2 dan Sains 2. Pasal student, so far tiada masalah. Alhamdulillah diorg sangat2 supportive. Kerjasama diorg akan aku kenang sampai bila2 sebab diorg juga salah satu faktor aku dapat A untuk praktikum. :) Aktiviti debat, forum, sesi buka minda dengan diorg antara yang aku takkan lupakan.


Kelas 6 Sains 2.

Kelas 6 Sastera 1

Biasa la kalau dah namanya student memanglah banyak gaya, banyak ragam dan macam2 perangainya. Tapi apapun, student aku ni jenis dengar kata. :)

Oh ya, sebenarnya, pengalaman jadi guru form 6 ni ada juga yang kurang best-nya. Keluhan yang aku dengar dalam kalangan kawan2 sepengajian aku, cikgu2 kat sekolah 'daring' semacam je dgn student Pengajian Malaysia' yang praktikum. Sabar je la... baru praktikum. Belum lagi dapat mengajar. Rezeki Allah bagi. Kalau Allah dah tetapkan korang dapat hatta DG52 sekalipun minggu depan, tak payah risau. Kami yang tak nampak lagi peluang menjadi guru di sekolah ni tak payah lah kalian cemburukan. Buang masa je. Biasa la. Zaman sekarang ni, apapun yang penting duit.... adeh~ Tak payah sembang panjang la pasal ni. Loya pulak terkenangkan cikgu2 yang pandang pandang aku ni mcm pesaing dia. :D :D :D

Okay, pengalaman lain masa praktikum. Aku berpeluang jadi guru pengiring bawa pelajar2 tingkatan 6 atas melawat Melaka. Terbaek!!! Sebab apa? Sebab untuk pertama kalinya aku dapat tonton perbicaraan secara langsung kat mahkamah Melaka. Selain tu, pertama kalinya juga aku rasa naik Menara Taming Sari + layan Melaka River Cruise. :D


Rombongan 3 bas ke Melaka...

Peristiwa menarik lain, oh ya. Aku kena jadi guru pengiring juga untuk Kursus Bomba Pelajar2 tingkatan 6. Cikgu nak tolong diorg tu dapat markah ko-kurikulum... Tapi yang jadi mangsa aku la. Sebab kursus ni dibuat masa cuti. Takpe la. Layan... Dapat gak sijil bomba. :D :D :D Dapat pengalaman naik kereta bomba, main air, main tiang + yang paling berharga, ilmu asas menghadapi situasi kebakaran. ;)


Jadi bomba sekejap


Bergambar kenang-kenangan.

Selain tu, aku juga terlibat untuk Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMKTPD kat Pasir Panjang. Zaman aku sekolah dulu pun buat kat sana juga. :) Oh ya, yang best pasal perkhemahan ni, guru-guru dibekalkan dengan sehelai baju kemeja t berkolar rasmi berwarna kuning. Pada hari perhemahan juga berlangsungnya demo Bersih 2.0. yang bestnya, kami tidak dibenarkan pakai baju rasmi tu masa hari Sabtu. Penutup majlis baru boleh pakai. KAHKAHKAH. Aku yang suka bakar line pakai jersi Malaysia (kuning) masa hari Sabtu. Patriotik beb! Salah ka? :D :D :D


Bersama para peserta Perkhemahan Perdana SMKTPD 2011


Sukan sekolah! ni salah satu yang best. Masa mula2 masuk mengajar, aku memang dah ditetapkan jaga rumah Biru. Jadi, masa hari sukan aku kena terlibat mengiringi perbarisan kontigen rumah biru. maskot kami memang comel. Dolfin yang pemalu. hahaha. Apapun, rumah biru kira rumah yang hebat dan disenangi juga lah kat sana. Tak la segan jadi gur penasihatnya. :D :D :D


Bersama maskot rumah biru :)

Perkara lain yang best:

Masa jumpa Pn. Pengetua (cemerlang) hari akhir aku mengajar, aku terkejut tengok piala syarahan agama yang aku menang dulu masih cantik terletak kat almari dia. :D senyum sorang2 kejap. :p


Ini la pialanya!:D

Okay, ni la serba sedikit pengalaman aku menjadi guru praktikum kat SMK Tinggi PD. Kata kawan2, sirih pulang ke gagang ;p hahahaha.

Lepas jadi guru praktikum, alhamdulillah ada rezeki aku dapat duit tambahan. Niat saja2 suka2 hantar borang guru ganti kat PPD (jumaat submit borang), ari Isnin aku dapat panggilan tanya bila boleh mula. Hahaha. Selasa tu jugak aku mula menjadi guru ganti (cuti bersalin) dan dapat pengalaman ajar pelajar lower form. Insya Allah, aku sembang lain la pengalaman jadi guru ganti di SMK Kg Baru Si Rusa. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...