Okay, untuk post kali ni aku dah tak lagi di STPD. Kali ni aku bersama SMK Kg. Baru Si Rusa (ada yang panggil sekolah Ayamega sebab dulunya ada kilang proses ayam kat sini). Imbas kembali mcm mana aku boleh berada kat sekolah ni. Abis je belajar, rasa terpanggil la untuk cari kerja. Walaupun aku ada kerja = tolong org tua aku meniaga, tapi pada masa yang sama nak juga polish lagi skill mengajar. Maka aku pun ke Pejabat Pelajaran Daerah PD (untuk yang tak tahu, PPD PD letaknya di belakang klinik kesihatan Lukut. Lokasi PPD yang lama ialah kat Skolah Kebangsaan Kg. Gelam). Okay, lepas aku ambil borang, beberapa hari kemudiannya dengan tak semena-mena satu kemalangan menimpa aku. Ibu jari aku tersepit sampai kena 5 jahitan.
"ouch!" :D ;p
Phew. Syukur sangat2 masih ada ibu jari.... Lepas tanggal jahit, aku pun hantar borang permohonan guru ganti tu. Aku hantar hari Jumaat, hari Isnin dapat panggilan daripada PPD. Aku ditanya bila boleh mula mengajar. Aku jawab ASAP. esoknya juga dia suruh aku mula. :D :D :D
ni la SMK Kg. Baru
gambar ni aku snap masa perhimpunan Jumaat + bacaan Yaasin.
Okay. Cukup la intro pasal mcm mana aku boleh berada kat sekolah ni. Kembali kepada tajuk post ni. TERENGGANU x TERENGGANU = TERENGGANU KUASA DUA. Mcm ni, sepanjang aku berada kat sekolah ni, aku telah berkesempatan untuk melawat negeri Terengganu sebanyak 2 kali. Kali pertama aku mengikuti rombongan pelajar Tingkatan 3 (pasca PMR) mcm biasa jadi guru ganti dan kali keduanya pula aku mengikut kontigen Negeri Sembilan untuk Jambori Malaysia ke 12 di Telaga Batin.
Satu-satu la cerita aku share. Untuk Terengganu 1.0, hari kejadian adalah sama dengan hujung minggu perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 (NS lawan Terengganu). Kiranya aku akan menyaksikan perlawanan akhir kat negeri lawan. Hahahahaha. Papepun, semangat hoben kena mantain. Jersi kena bawa. Bendera kena bawa. Nganjing tetappppp (hahaha. cikgu memang cikgu. hoben tetap hoben~ ;p) Sembang pasal lawatan dulu. Sampai2 kat Kuala Terengganu, (lebih kurang 5.45 ptg) kami terus ke Pulau Wan Man di mana letaknya masjid kristal. Snap2 tak lama kemudian azan Mahrib berkumandang. Solat Maghrib dan kembali ke bas. Makan malam time! Oh no, makan malam untuk hari pertama tu fail. Harap restoran je menarik. Rasa out. layan....
masjid Kristal!!!
Bakar line dulu... Actualy gambar ni aku plan nak buat profile pic kalau NS menang. :D sekali Alhamdulillah menang. termakbul la~ kahkahkah
ni la kedai makan yang tak best. :D
Kami check in kat homestay (Halmi Homestay nama dia). Rumah berkembar 2 dan di setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Ada dapur, rice cooker, cerek elektrik, fridge dan pinggan + cawan complete. :D kadar semalam adalah RM200 untuk seunit rumah. Memang cun utk percutian keluarga. Lokasi: Seberang Takir.
Sila call kalau berminat. :D
Okay, Hari kedua kat Terengganu (Sabtu), pagi2 kami sarapan dekat2 dengan Mydin. Ada pasar pagi kat situ. Yang bestnya, makcik tokey gerai makan tu bagi diskaun kat kami cikgu2 sebab bawak dtg pelanggan kat kedai dia. Alhamdulillah. Pasar pagi pun cun juga sebab ada benda2 baru yang aku jumpa. mcm kuih jala mas (sila cari sendiri) yang aku baru kenal kat situ. :D :D :D.
suasana pasar pagi...
Seterusnya kami ke Muzium Losong. Muzium ni merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Walauuuueh~ Ngang sket. :O sebab memang seriesly besarrrr gilak! kami sampai sana around 10 pagi. Keluar jam 12.30 tapi hanya sempat cover satu bangunan je (ada 3 bangunan utama). Phew... Sila layan beberapa snap kat Muzium Losong.
Besar kan?
main entrance. Oh ya, kamera tak dibenarkan dibawa masuk.
naik kapal mcm ni mmg kena sabar... :D
Lepas lawat muzium, kami makan tengahari kat Mydin Mall. Pusing2 la dulu kat Mydin yang fames tu. hehe. Lepas mydin mall, kami ke Taman Syahbandar. Kat sana boleh melawat Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri dan Istana Maziah. Aku pusing2 kat pasar payang kejap, lepas tu secara lone ranger aku mencari kedai menjual baju pengakap. dah plan nak beli sehelai baju lengan pendek untuk Jambori. Tanya kat pakcik jual sate ikan, dia tunjuk arah kedai tu. Lepas beli baju pengakap, cash pulak berkurangan. Sekali lagi, secara lone ranger aku mencari cIMB punya atm. Boleh tahan la jugak penatnya. Nak jimat RM1 punya pasal. hahahaaha.
Pasar payang!
Pintu masuk ke Istana Maziah
Kedai jual uniform + stuff pengakap
CIMB. akhirnya!
Jalan lurus yang melenguhkan kaki ;p
Lawatan sekitar Taman Syahbandar berakhir sekitar 5.30 petang. Otw balik homestay, kami singgah kat Pulau Duyung. Oh ya. kami sepatutnya melawat tempat pembuatan bot tradisional pada sebelah paginya. Tapi sebab hujan lebat, kami terpaksa tukar acara kepada muzium losong. Nak ke tempat buat bot tu kena jalan kaki dalam 8 minit. Tapi sampai2 je, takde org bekerja. Waktu bekerja dah tamat rupanya. Dapat snap2 je la...
salah sebuah pusat membuat bot tradisional.
nice!
Okay, kami balik ke homestay tapi sebelum tu makan malam terus kat kedai makan depan homestay. Sambil makan, tgk kedai tu sgt sesuai buat port tgk final Piala Malaysia malam tu. ON! Now sembang pasal final Piala Malaysia. hehehe. Aku pakai jersi NS. Bawak budak2 skola yang bersemangat. Sampai2 kat kedai tu balik dalam 8.30 malam, barisan depan dah dipenuhi brader2 tempatan. Sorang mamat tu tgk aku pakai jersi NS, senyum sinis dia. Aku dgn rendah diri angkat tangan kat diorg. hahaha. Malam tu serangan bertubi2 NS pada peringkat awal tak buahkan hasil. Student2 aku pulak bakar line + mnganjing kaw2. Cuak gak aku tgk diorg provok. Hahahaha. Bila Terengganu gol je, melompat abes brader2 kampung tuh. Kami penyokong NS ni dah tawakal + redha je. Aku pulak nak buang air tapi memikirkan nak lalu depan org2 kampung sambil pakai jersi NS, mesti kena pandang sinis sebab diorg dah score 1 gol. Dalam hati kata, harap2 gol la NS so that dapat aku pergi tandas. HAHAHAHA. Well, tak lama kemudian golll!!! Aku terus bangun ke toilet. haha. Keluar dari toilet, tak lama kemudian golllll!!! lagi~ :D Tak berbunyi org2 kampung. Memang puas hati la.... :D :D :D
Venue menonton final Piala Malaysia
Barisan penyokong NS
Sila lihat brader pakai baju tanpa lengan. mula2 kegembiraan + poyo tapi tak lama... :D
Kegembiraan sekembalinya ke homestay. :D owner homestay terus tutup lampu dgr kami nyanyi hoben jang hoben~ :D :D :D
oh ya, ini anak kaunselor sekolah ;p
Hari terakhir kami di Kuala Terengganu, pagi2 kami check out dan terus menuju ke SMK Sultan Sulaiman. Sebelum tu kami sarapan dekat area Pantai Batu Buruk. Okay, SMK Sultan Sulaiman ni merupakan sekolah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Khabarnya memang ramai kerabat diraja terengganu belajar kat sana. Kami disambut oleh kaunselor sekolah. Awal2 lagi dia dah ucap tahniah sebab NS menang Piala Malaysia. Rupanya dia ke Shah Alam malam tu dan straight balik KT sebab nak sambut kami. Kaunselor itu perempuan okay. memang hebat. :D Kat sekolah tu, kami dengar taklimat sket sambil sarapan. Oh ya, kami dihidangkan nasi lemak + sambal ikan tongkol. Sedappp~ ;p kemudian kami dibawa ke galeri sekolah. lepas bergambar kenang-kenangan, kami meninggalkan SMK Sultan Sulaiman, sekolah harian elit di Terengganu. Ahah, lupa nak share. Sekolah ni ada trek lumba lari. Hebat. Tak mustahil la ramai bintang sukan dulu sekolah kat sini. :)
Inilah sekolahnya.
Galeri ni penuh dengan piala + hasil kejayaan sekolah di seluruh peringkat.
Bergambar kenang-kenangan
Kami pun memulakan perjalanan pulang. Tukar baju dekat masjid terapung, singgah kat Losong beli keropok lekor, lepas tu melawat kompleks Noor Arfa batik, pantai Rantau Abangdan kemudiannya melalui jalan persisir sebab student2 nak tgk mcm mana rupanya Kerteh, Paka dan Dungun yang selama ni diorg baca kat buku Geografi. Kami semua sampai kat perkarangan sekolah jam 3 pagi. hahahaha. 7 pagi pulak kena datang sekolah mengajar. Adoi... ;p
masjid terapung. Cantik!
bersemangat bebudak ni beli keropok.
Noor Arfa batik
Pantai Rantau Abang. Masa ni jumpa Ahmad Idham dengan budak2 dia shoot movie "Mail Lambung".
Okay guys, kita sambung kat Terengganu 2.0 ;)
Tatatata & take care. *mengantuk*
No comments:
Post a Comment