Assalamualaikum & hi all~
Salam Maulidur Rasul 1434H. Mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baru terjaga dari tidur. Alhamdulillah, belum Asar lagi. Tertidur kepenatan sebaik pulang dari bandaraya Miri. Sambutan Maulidur Rasul. Pengalaman pertama menyertai perarakan sekitar bandaraya Miri.
Sambutan Maulidur Rasul di Miri merupakan acara tahunan yang menghimpunkan kumpulan perarakan yang terdiri daripada warga sekolah, jabatan kerajaan, sektor swasta serta kariah masjid seluruh daerah ini. Masing2 akan membawa sepanduk yang direka kreatif serta dihias cantik dan kemudiannya mengelilingi bandaraya Miri sambil berselawat kepada baginda Rasulillah s.a.w.
Berbalik kepada cerita aku untuk edisi Maulidur Rasul Miri 1434H, kami di SMK Lutong hanya ada masa yang sangat terhad untuk persiapan perarakan. 2 perkara penting yang perlu disiapkan = pasukan perarakan dan sepanduk. :)
Alhamdulillah, ramai pelajar yang mahu turut serta dalam perarakan. Lebih daripada 100 orang. Latihan hanya sempat dibuat 3 kali. Isnin, Selasa & Rabu. :D
Tokey sepanduk pula ialah Azizul @ Joe. Cikgu Seni jiran sebelah meja.Tahun ni tak sempat nak potong2 polisterin. Tampal khat dalam bentuk stiker aje. Design sepanduk dihantar untuk printing. Berjalan lancar, projek sepanduk ni berjalan pun 3 hari juga rasanya. Kemuncaknya malam tadi. Sampai 2.30 pagi lah juga kami bertungkus lumus siapkan sepanduk. Hoho.
Sampai rumah dari surau sekolah, gosok baju, rehat2, tidur dalam pukul 3++. Nasib baiklah pagi tadi terjaga jam 5.30. Plan awalnya bangun jam 5. Siap2 dengan rush, sampai di Dewan Suarah Miri sekitar 6.45 pagi. Ramai yang dah sampai. Ada ustaz bagi ceramah.
Sampai kat acara yang kemuncak, perarakan mengelilingi bandaraya Miri. Untuk kategori sekolah menengah, SMK Lutong dapat angka giliran nombor 1. Jadi kami mengetuai pasukan sekolah-sekolah menengah. Laluannya: Keluar dewan suarah, lalu depan mahkamah, terus sampai kompleks kraf miri, terus sampai balai polis, kemudian lalu di China Town, melintasi pasar ikan kat jalan bendahara, Lalu depan Mega Hotel, melintasi Imperial Mall, sampailah kembali ke Dewan Suarah melalui hadapan Masjid At-Taqwa. Boleh tahanlah jaraknya :)
Sampai2 di Dewan Suarah, masing2 melepaskan penat + makan2. Menanti keputusan diumumkan, semua dijamu dengan persembahan nasyid. Macam2 adaaaaa. ;p
Saat keputusan diumumkan, SMK Lutong berjaya mendapat naib johan untuk kategori sekolah menengah. Trofi, sijil dan RM1000. Alhamdulillah. Aku sendiri diminta ustazah untuk mengambil hadiah. :D Hahaha. Compliment sungguh ni. ;p
Sebelum pulang, semua bergambar kenang-kenangan. Yeah, ia adalah satu kenangan manis di Miri. :)
kerja keras larut malam... :D
Ribuan manusia di Dewan Suarah pagi tadi
Melepasi Wisma Pelita
Sepanduk dibawa berarak
Pelajar2 SMK Lutong yang segak bergaya
Penyampaian hadiah :)
Inilah kami! :D
No comments:
Post a Comment