Tuesday, August 12, 2008

Bahasa Penjajah

Bertutur dalam Bahasa Inggeris ibarat mengagungkan bahasa penjajah? atau... ungkapan itu sekadar sebagai alasan untuk tidak memperkemaskan lagi penguasaan kita dalam Bahasa Inggeris? Sekadar ingin berkongsi pengalaman menjadi pembentang untuk satu program yang diadakan tidak lama dulu. Program yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Agak tersentak apabila gadis di sebelah bertanya. apa perlunya program dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Ibarat mengagungkan bahasa penjajah.

Kalau tiada program sebegini, alamat tiadalah antara pelajar2 ini bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walhal, penganjur sudah mengigatkan beberapa minggu sebelumnya. Dengan keras hati, gadis itu membuat pembentangan dalam Bahasa Melayu. Keras sungguh hatinya.

Pada masa lainnya, seorang pemuda yang dengan agak bangganya mengaku pernah menjadi pendidik, dengan lantang mengatakan bahawa dia tidak mahu berbahasa Inggeris kerana dia tidak mahu penonton tidak memahami apa yang akan diutarakannya. Malu sungguh mendengarnya. Begitu singkat pemikiran mereka ya....

Usah bandingkan kita dengan Jepun... Perancis... yang mampu mengagungkan bahasa mereka. Tak salah menguasai bahasa perdagangan utama dunia ini. Yang penting, keinginan untuk maju dan berubah.

'Dare to change!!!'

1 comment:

mohdrizalyusop :) said...

yeah beb..time to change.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...