Friday, October 10, 2008

Cuti Raya!!!

Salam... wah, lama juga tak menulis. hari-hari di UPSI ni agak sibuk semenjak dua menjak ni. dengan tugasan, program dan mamam2 lagi. Penat!!! tapi, akan diusahakan juga menulis sesuatu. ;) Ramadhan berlalu dengan beberapa kenangan. buka puasa dengan kawan2 PSA, kawan2 UPSI, dan kawan2 PD High Skool. Dan Alhamdulillah juga Ramadhan tahun ni sama seperti tahun2 sebelumnya. Cukup aku puasa sebulan. tak ada sakit. ye la, puasa tu cnfirm la tak perfect pahalanya tp, selagi aku mampu menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari... sebulan... ok la tu kan?

Aidilfitri!!! Eid Al-Mubarak!!! raya yang sgt menyeronokkan. raya sebagai mahasiswa. dan raya reunion bagi aku. kumpul dengan kawan2 sekolah menengah dan sekolah rendah juga. walaupun +-95% dari kami yang dah bekerja, semangat tu sama aje. cuma tahun ni aku tak lagi bagi duit raya. tunggu la 3-4 tahun lagi. hehehe. kitorang cuti seminggu aje. 4 hari sebelum raya start. raya ke-5 dah balik kampus. WARGHHHH!!! tapi memandangkan aku punya jadual kelas selasa-khamis aje, selasa tengahari baru aku sampai kat Tg. Malim ni. maksimumkan kemeriahan raya!!! ni pun tak puas lagi. hehehe. Esok ada jamuan raya program Pengajian Malaysia dgn Pendidikan. aku jd pengarahnya. semoga semua ok2 hendaknya. banyak juga nak cerita pasal jamuan ni. lepas esok la tulis. ada gambar bole upload sekali. ok suma!!! take care! ;)

1 comment:

RIZALY said...

sakan raya nmpknye..ekeke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...