Tuesday, January 20, 2009

Preview Sifu & Tongga

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi pengalaman menonton satu filem baru hasil tangan Prof Razak, Filem komedi yang menampilkan Nabil & Saiful Apek. Filem pertama Nabil yang sekarang tengah meletup. “Sifu & Tongga”. Pelik juga tajuk dia. Tengok preview iklan dia kat TV agak kelakar juga. Mungkin sebab penampilan sulung Nabil Raja Lawak.

Satu tiket RM5. Atas nama charity. Kata diorang hasil kutipan akan masuk dalam tabung penyayang mangsa banjir. Insya Allah sampai ke tangan orang yang sepatutnya.
Ok, kita straight to the point. Aku sendiri agak teruja nak tengok filem ni sebab Nabil. Support orang kampong beb. Hehe. Harap2nya, filem pertama Nabil biarla bagi satu tanggapan yang baik dan ada good impact. Biar filem seterusnya orang tunggu2.
Auditorium Jumaat malam (16/1/09) agak sesak. Berpusu-pusu student UPSI nak tonton filem Sifu & Tongga. Sampai kena buat 2 sesi tayangan. Sesi 1 mula pukul 8.00 dan sesi 2 mula pukul 10.00. Satu factor lainnya mungkin sebab Tg. Malim ni tak ada panggung wayang. So, memasing ambil kesempatan ni.

Permulaan filem agak baik. Boleh buat aku ketawa berdekah-dekah. Dapat pulak keluar muka Pie yang sememangnya kelakar. Tak payah buat lawak pun dah tergelak tengok muka dia. Pertengahan filem pulak mula bosan. Lawak slapstik yang spastik. Adegan mat rempit tengak ‘wheel kang’ dgn ‘wheelie’ dekat Dataran Shah Alam. Tanpa ada notis amaran utk tidak meniru aksi tu. Mungkin nak tarik mat-mat rempit masuk panggung.
Adegan seterusnya, Azwan Ali jadi pondan. Mungkin pengarah-pengarah sekarang rasa watak pondan boleh buat filem tu laris. Tapi adegan pondan tu macam tak ada point. Tiba-tiba aje muncul. Maka berdekah-dekah ketawa mak-mak ayam dengan anak-anak ayam UPSI dalam auditorium. Suka benar diorg.

Satu lagi yang agak mengejutkan aku. Satu shot kamera dekat Balai Polis Seksyen 6. Kamera focus kat papan tanda balai polis tapi tak shot seluruh papan tanda. Cuma setengah. So, perkataannya jadi ‘Balai Polis Seks’. Wah, berani betul pengarah buat macam tu. Bole jadi isu juga rasanya. Sebab aku masih ingat lagi zaman aku skolah rendah dulu. Masa tengah hot filem animasi Lion King. Masa adegan Simba main kat padang pasir. Pasir yang berterbangan dikatakan bentuk huruf-huruf yang jadi perkataan ‘sex’. Masa tu jadi isu satu dunia sebab tak sesuai ditonton kanak2.

Secara keseluruhannya, aku rasa filem Prof Razak kali ni tak ada bezanya dengan hasil2 dia sebelum ni. Tak ada yang elemen boleh buat ‘kick’. Ibarat sebuah drama yang dinaiktaraf jadi filem. Aku masih berharap Prof Razak dapat hasilkan satu filem yang ada X-factor. Sebab sebenarnya sebelum tengok movie ni aku dah dapat agak. Ia mesti sebuah filem stereotype hasil Prof Razak.

Apapun, semua orang enjoy malam tu. Ada yang dapat hamper cabutan bertuah lagi. Hehehe. Well, aku bagi 2 bintang setengah untuk ‘Sifu & Tongga’.
Selamat menonton semua!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...