Tuesday, January 20, 2009

PRK Kuala Terengganu

Salam semua!!!

Hujung minggu lepas adalah hari yang agak mengejutkan bagi masyarakat M’sia yang mengikuti scenario politik dalam negara. Debaran sejak hari pencalonan sampailah keputusan penuh diumumkan telah berakhir dengan kemenangan di pihak PAS. Agak mengejutkan kerana di dada-dada akhbar arus perdana mengatakan PRK Kuala Terengganu bakal menjanjikan satu kelainan berbanding PRK Permatang pauh tempoh hari.

Apapun, telahan itu nampaknya meleset. Majority 2600++ undi agak besar juga. Ada yang mengatakan bahawa kesilapan meletakkan calon menjadi punca kekalahan. Tidak kurang pula yang mengatakan pengundi yang merantau tidak pulang membuang undi antara sebab lain.

Walaubagaimanapun, demokrasi telah dibuktikan. Rakyat Kuala Terengganu telah bersuara. Beberapa hari sebelum pembuangan undi, kelihatan stesen-stesen televisyen menyiarkan tinjauan yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat. Kesemuanya mengatakan mahukan perubahan dan tidak sanggup hidup dalam pemerintahan Pakatan Rakyat yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Tentu ada silapnya kekalahan BN di Kuala Terengganu. Ada yang mengatakan bahawa BN sudah tidak relevan. Ada yang mengatakan jentera Bn di KT tidak bekerja pada tahap maksimum. Ada juga yang mengatakan perubahan drastik perlu dilakukan dalam parti.
Mendengar seorang pemerhati politik mengutarakan pendapatnya, beliau mengatakan antara punca kekalahan BN adalah disebabkan media yang mengampu kerajaan sehinggakan rakyat muak.

Walau apapun yang berlaku, Alhamdulillah. Malaysia masih aman harmoni. Walaupun keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu diharapkan agar keamanan dan keharmonian tidak tergugat. Amin...

Al-Fatihah buat rakyat Palestin yang terkorban dalam mempertahankan kesucian Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...