Thursday, March 18, 2010

Keletihan itu berbaloi. Thank you Allah :)



Salam n' hye all~

Yess. Tajuk di atas dah boleh buat semua tahu apa isi tulisan aku kali ni. Hari ni ada 3 benda penting yang perlu aku selesaikan. Pagi ni sepatutnya kelas bermula pukul 8.00, tapi aku hanya TERbangun pukul 8.30. HAHAHA. Yeppp. Kantoi subuh beb. Pengakuan ikhlas. Nak buat mcm mana, tido pukul 4.00++, set alarm pukul 6.45. Tak sedar. Semuanya sebab nak prepare utk pembentangan subjek Rekabentuk Instruksional. Tak dapat lupa Paie yang bermalam kat rumah aku kata nak bangun awal. sama2 terbengkalai ;p. Papepun, alhamdulillah. Pembentangan berjaya!!! Tak ada komen negatif. Semuanya baik2 sahaja. Yes, setiap kami memang ada banyak komitmen. Aku dgn persatuan itu dan ini. Emi dgn program2 universiti dia. Paie dgn silat. Faisal dgn Kelab Basikal. Setiap org banyak kerja. Tapi selesai juga satu masalah.

Semalam dah janji dgn Fiza, sorg ahli kumpulan tugasan Bahasa Mandarin untuk jumpa lao shi. Nak tunjukkan conversation yang bakal dipersembahkan minggu depan untuk dinilai. Janji pukul 12 tengah hari. Sampai2 depan bilik lao shi ada satu grup dah masuk. Kena tunggu la nampaknya. pertemuan dengan lao shi berlangsung dalam 20 minit. Selesai satu lagi masalah.

Dalam penat ke hulu, ke hilir, aku jawab panggilan dan buat panggilan kepada Faizal aka Kacak untuk satu tugas penting Sabtu ni. Apa tugas penting tu, simpan dulu la. Insya Allah akan ditulis kemudian hari.

Selesai urusan di Kampus, masa tinggal +-50 minit sebelum kelas seterusnya pukul 2 petang. Aku dgn Zaidee terus buat keputusan makan sandwich sardin aje. Sardin dah ada. Tinggal beli roti. Selesai.

Sampai rumah, terus siapkan makan tengah hari. Phew. Memang sedap. Sebab lapar dan sebab lama tak layan sandwich sardin. Sepul yang sindir2 kami dah berubah jd org Barat pun tanpa segan silu tumpang sekaki. hahaha.

Petang tu kelas Dr. Rahimah aku peruntukkan untuk siapkan apa yang patut untuk pembentangan kelas Kak Lin. Kelas Dr. hanya diperuntukkan untuk pembentangan. Jadi, Tak mengapalah aku tak tumpu perhatian.

Sampai masa, Kelas Kak Lin pun mula. Kumpulan aku yang ketiga bentang. Dalam Bahasa Inggeris. Aku rasa, kami kumpulan yang pertama bentang dalam BI. Sahut cabaran dia. Alhamdulillah, dapat buat pembentangan yang baik. Dapat jawab 3 soalan daripada audien juga. :) OOOoopsss. Dapat pujian juga! :) "congratulations. I like your group's slides. Simple. Thats what i want." Senyum lagi. :)

:) Hari yang memenatkan. sangat! Tapi, Alhamdulillah. Allah telah buatkan aku penat hari ni. Namun, di sebalik kepenatan itu Dia sertakan sekali kepuasan. Alhamdulillah. Terima kasih atas nikmat ini :D

Esok tak pasti lagi. Lusa juga. Yang penting, ada tugas mencabar menanti pada hujung minggu ni. Moga dipermudahkan oleh-Mu Ya Allah~ Amin...

7 comments:

Eyjaz Nidzar said...

erm..alhamdulillah..seronok kan bila keletihan tapi kepuasan dgn setiap kerja yg di lakukan..=)..sibuk itu indah bila kita betul2 melaluinya dengan ikhlas dan rasa tanggungjawab..^.^

fadly amzar said...

:) yes. betul tu! sibuk = indah. ;p haha

Eyjaz Nidzar said...

kalau xsibuk plak???? =P
( mcm sy skrg yg xsibuk..)

fadly amzar said...

kalau tak sibuk, carilah kesibukan! how? emmm... adakah sudah sampai masanya??? :P hahahahaha

Eyjaz Nidzar said...

smpai masa?? lagi sebulan nk tinggalkan UKM..hu3..hari ni je xsibuk..pasni sibuk smula..nk exam dan submit sume asiment..erm awak..da sampai ke sijil yg sy pos? maaf lambat..sebelum ni kesibukan program wajib fakulti..

fadly amzar said...

haa! lg sebulan nak tinggalkan UKM. Tht means, akan melangkah ke chapter yang baru. :D Papehal, nanti jgn lupa send invitation tau. ;p hahaha.

Sijil tatau lg. mungkin belum sampai sebab tak dpt apa2 khabar dari rumah. no worries. Faham. masing2 bz.

Eyjaz Nidzar said...

huh? invitation eaa..nk invite wktu sy konvo mcm la dia leh dtg..ngee..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...