Monday, March 22, 2010

TM-KB-TM dalam 22 jam.

Salam n' hye all~

Penat masih terasa. Tak pernah lagi memandu sejauh dan selama yang aku baru lalui ni. Tanjong Malim ke Kota Bharu. Pergi balik dalam satu hari. Phew! Mari berkongsi pengalaman tu. :)

Beberapa minggu sebelumnya...

Aku mendapat khabar bahawa En. Nizamuddin Alias, penasihat PPMas dan juga mentor aku akan melangsungkan perkahwinan. Pasangannya menuntut di UPSI ini juga rupanya. :) Dalam hati memang terasa nak pergi majlis perkahwinan beliau. Tapi En. Nizam minta utamakan Sukan PPMas yang akan berlangsung pada tarikh yang sama.

Sukan PPMas, tugasan yang banyak dan modal membuatkan aku berkira-kira untuk ke KB. Sampai satu hari, sebelum mesyuarat persatuan Faizal @ Kacak beritahu bahawa En. Nizamuddin kelihatan macam hendakkan wakil dari Program Pengajian Malaysia ke majlis perkahwinannya. Katanya walaupun tak dinyatakan secara terus tapi berkali2 disebut seara kiasan. Hahaha. Sesuatu perlu dirancang rupanya.

Dipendekkan cerita, Kacak berjaya dapatkan sebuah kereta sewa (Iswara Aeroback) dan kami bertolak dari Tg. Malim kira-kira pukul 10.30 pagi. Pada awalnya perjalanan yang dirancang ialah menggunakan laluan Simpang Pulai-Gua Musang namun Kacak mencadangkan untuk menggunakan laluan Tapah-Cameron Highlands-Gua Musang. Elok juga. Aku tak pernah jejakkan kaki ke Cameron Highlands. :p

Laluan yang bengkang-bengkok dan agak sempit sungguh melenguhkan tangan yang mengawal stereng. Ada yang sudah pening-pening (Alhamdulillah tiada yang muntah). Kami sampai di Tanah Rata dalam masa sejam dari Tapah. Tiba di Tanah Rata, kami berhenti sebentar untuk menghirup udara Cameron dan membeli sedikit kudapan. Pelancong agak ramai memandangkan cuti sekolah. Masalah yang aku nampak di Cameron ni ialah kekurangan tempat meletak kereta. Kesesakan berlaku terutamanya di Brinchang. Sekitar satu jam juga kami terkandas. memang agak membuang masa rasanya. Tengah2 bosan layan kesesakan lalu lintas, tiba2 hidung ni bau sesuatu mcm getah terbakar. ??? Phew. Kegembiraan sampai kat Cameron bertukar jadi kegusaran. Dup Dap Dup Dap. Berhenti sebentar tepi jalan. Tengok enjin ok. Cuma ada bau getah sikit dekat sekitar tali sawat. Perjalanan dah jauh. Aku kata kat kawan-kawan. Perlu diteruskan perjalanan itu. TAWAKAL!








Perjalanan dari Gua Musang ke Machang agak lancar. Cuma sekali ujian datang. Sedang kereta laju menuruni bukit, tiba2 lori di depan brek mengejut. Ada lori rosak. Phew. Jalan sempit. Kawasan menuruni bukit. Nasib baik sempat brek. Risau jugak kenderaan di belakang. Tak pasal2 jadi sandwich.





Kesesakan seterusnya di Ketereh. Lampu Isyarat dia memang lain sikit. Lampu hijau memang menyala lama. Untuk laluan yang banyak kereta, memang akan berbaris panjang.di Kota Bharu pun macam tu. Sabar aje jawabnya.

Gerai makan di kiri dan kanan jalan buat perut yang sedia kosong berbunyi2 minta diisi. Apakan daya. Dah lewat sangat. nak mengejar masa sampai ke rumah En. Nizam. Satu lagi yang menarik, di kiri dan kanan jalan ada dijual 'TUAK'. Tuak??? Rupa-rupanya tuak ni sebenarnya air nira. Boleh diminum. Ada cerita lucu pasal air tuak ni. En. Nizamu kata, ada satu tahun tu (lupa) waktu peperiksaan (lupa lagi PMR/SPM) kertas Pendidikan Islam. Soalan dia apakah hukum minum tuak? Pelajar Kelantan kebanyakannya jawab 'harus' dan masing2 dapat salah. :p

Sampai di Kota Bharu sekitar jam 6.59 petang. Seperti biasa, ada kesesakan di lampu isyarat. Banyak berubah bandar Kota Bharu. Kali terakhir aku sampai 14 tahun yang lepas. Nampak semakin rancak membangun. Dan yang paling menarik, nama2 Melayu yang banyak terpampang di papan tanda kedai. Hebat! Kami tiba di rumah En. Nizam sekitar jam 7.15. Pengantin lelaki masih lengkap dengan persalinannya. Mungkin sebab menanti kami; anak2 muridnya yang datang dari jauh. Mata terus memandang makanan yang terhidang. Hahahaha. Tapi bebudak ni nak bergambar pulak dulu... Ok. Bergambar dulu.
Seterusnya makan!!! Yang tinggal gulai daging, ayam merah, acar nenas, sambal dengan ikan bilis goreng. Ayam percik awal2 lagi habis (kempunan). Memang sedap sungguh makanan tu menuruni esofagus. laju aje rasanya. Hahaha. Kata encik Nizam, lauk-lauknya ditempah dari katering. Tapi, sebab lain-dari yang lain, aku rasa sedap sungguh makan masa tu. "lapar sangat tu. mana tak sedap" kata En. Nizam lagi. Hahahaha. Mungkin. Tapi 2 kali tambah memang buat aku tak boleh bangun lepas tu. hahaha.





Lepas makan, kami minta pandangan en. Nizam laluan mana lebih baik untuk pulang ke Tg. Malim memandangkan malam sudah tiba. Tapi awal2 lagi saya katakan tidak akan melalui jalan sewaktu kami datang sebelumnya. Menakutkan pada malam hari. Tak banyak kenderaan dan ada jalan rosak. Bahaya! En. Nizam mencadangkan 2 laluan. Melalui Lebuhraya Timur Barat atau Melalui Gua Musang - Merapoh - Karak. OOoops. Aku sidikit alah dengar nama 'Merapoh'. Ye la. Kawasan tu memang terkenal dengan kes-kes kemalangan maut. Dalam hati ni rasa laluan terbaik malam tu ialah L'raya Timur-Barat. En. Nizam bawa keluar peta, "KB-Pasir Mas-Tanah Merah-Jeli. lepas tu ikut saja arah Grik." Sambil tu En. Nizam lukiskan peta mudah untuk kami.

Sekitar 9.45 kami minta diri untuk pulang. Setelah menikmati teh o panas. Perjalanan pulang yang pasti juga mencabar. Aku dapat rasakan. Sebab aku yang memandu! huhuhu.
Mencari jalan ke Pasir Mas, kemudiannya ke Tanah Merah tidaklah sukar. Alhamdulillah. Tak pernah sesat kami pada hari tersebut. Sampai di Tanah Merah, berhenti sebentar di masjid untuk membersihkan diri. Kemudian Jamak Takhir di situ.

Memasuki Lebuh Raya Timur Barat, hanya bas dan lori yang kelihatan malam itu. Sedikit kereta sahaja nampaknya. Kiri kanan hutan rimba. Jalan cantik. Laluan mendaki ada lorong memotong. Selekoh tidak setajam sewaktu menuju Cameron Highlands. Hampir sejam memandu, kami tiba di R&R Titiwangsa. Hentian rehat di atas bukit. Sejuk! Hahaha. Nyaman dan menyegarkan! Kedai makan dah dah tutup. Ambil kesempatan untuk rehatkan badan sahaja. Aku kata kat kawan2 yang aku mahu tidur sejam. Semua setuju. Cukup sejam, perjalanan diteruskan menuju Grik. Sebaik melepasi Tasik Banding, lori panjang di hadapan kami berhenti mengejut. Nasib baik sempat aku memotong. Rupa-rupanya ada sekawan gajah di tepi jalan. Aku yang pertama kali berhadapan situasi ni teruskan perjalanan. Gajah-gajah sedang berehat. Biarkan mereka. :) Memang rezeki dapat tengok gajah di depan mata. Bukan di zoo, tapi di jalan raya!



Perjalanan dari Grik ke Kuala Kangsar memang jauh. Mengikut papan tanda, sekitar 180 Kilometer rasanya. Ada ketikanya aku rasa sangat mengantuk. Ada yang dah tidur di belakang. Nasib baik ada Khalil yang tolong picit2 badan aku. Terasa darah lancar selepas badan dipicit. Tapi tak lama. Dalam hati ni tak sabar nak tukar pemandu sampai di Kuala Kangsar nanti.

Akhirnya! Tol Kuala Kangsar. Kacak ambil alih pemanduan. Aku berani bagi Kacak memandu di Lebuh Raya sahaja. Dia bukan memandu kereta setiap masa. Alah di jalan bengkang bengkok. K. Kangsar-Tg. Malim ambil masa sekitar 3 jam. 2 kali berhenti. Di Sg. Perak untuk membuang apa yang patut, kemudiannya di Tapah untuk sarapan (Lapar kembali menyerang).

Kami tiba di Tg Malim sekitar 8.15 pagi. Perjalanan jauh yang beri banyak pengalaman baru. Alhamdulillah, semuanya selamat. Dapat juga hadiri hari besar pensyarah kami. Bertuah sungguh En. Nizam. Penantian agak lama menemukannya dengan 'Nur Kasih' impiannya. ;p hehe. Bertuah sebab dapat isteri cantik, lemah lembut tutur katanya, sopan... pendek kata memang wanita idaman lelaki. ;p

Semoga En Nizamuddin dan isteri, Pn. Khairul Bariyah berbahagia ke hujung usia. Amin...

1 comment:

nizamsani said...

Wo.Dah kahwin.Tak tau plak.Tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...