Thursday, July 29, 2010

Selangkah Menuju Puncak


Salam n' hye all~

Tajuk tu adalah nama program yang aku join baru-baru ni. Tarikhnya 23-25 Julai 2010 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Bera, Pahang. Program ni dirangka oleh pelajar2 semester 3 Program Pengajian Malaysia dgn Pendidikan. Pengarah program = Faizura (betul ke aku eja? ;p) Adat buat program. Mesti ada masalah, dugaan, cabaran dan liku2 yang mendatang. Apapun, kesemuanya berjaya diatasi dengan baik. Tahniah!!!

Hari pertama di Bera, sampai2 sahaja peserta yang terdiri drp pelajar2 tingkatan 6 dari 2 buah sekolah iaitu SMK Mengkarak dan SMK Purun aku boleh tgk ramai juga yang bermuka 'kerek' aka 'lansi'. hahaha. Well, we'll wait and see. Muka-muka otai itu akan terus begitu kah selama 3 hari ni??? :D

Hari pertama diisi dgn taklimat daripada ajk. Kemudian Solat Maghrib berjemaah dan slot kuliah maghrib dari Imam Muda Che' Mat :D. Yg paling terkesan ialah pasal kita kena rantai dengan setan. Thts why susah mau bangun subuh maa! :p hahaha. Malam tu pembahagian kumpulan dilakukan. Aku antara fasilitator yang terlibat akan menjadi fasi utk kumpulan 5. Diorg sebulat suara pilih nama STARFISH~ haha. comel! slot pertama malam tu mengimbau detik kelahiran setiap manusia kat muka bumi ni. Slot dikepalai oleh cik ain yang comel. Ada yang dah nangis. :)
Malam pertama juga ada ativiti 'org buta'. Teruk gak diorg dikerjakan. Ada yang sampai terhantuk2. Terbabas2 ke longkang. Well, hanya yang jujur akan menikmati aktiviti ni.

Hari kedua, Pagi2 dimulakan dengan senaman. Seronok masing2 bersenam2. Selesai sarapan, Latihan Dalam Kumpulan pun bermula. matlamatnya, nak tgk pemikiran adik2 ni. lepas tu, nak buka minda diorg. Aku nampak ada beberapa org dalam kumpulan Starfish memang dah fokus dgn matlamat diorg. Idea2 yg bernas, berani luahkan pendapat. :D good!

Petang itu pula ada slot explorace. Aku jaga checkpoint 1. Task: menyanyi kat pentas. kami duduk kat pintu masuk. Nyanyi kuat2. Ada dua nyanyian. Pertama: Lagu 'Inilah Barisan Kita" versi kangkang. Means, tiap kali perkataan hujung, tukar dengan perkataan 'Kangkang". U can imagine how funny tht song was. hahahaha. Kumpulan lain pulak adayg kena nyanyi 'anak itik tok wi' sambil jalan itik. hahahahaha. :) Papepun, diorg sgt terhibur! hahaha

Malam itu pula, disambung dgn slot kerohanian. Mula2 Imam Muda conduct, then pakar motivasi encik Asmadi (betol ke aku eja ni?) malam ni best sgt2. Boleh kata semua nangis. Siap dipeluk oleh para fasi. Aku pun tersentuh. Cuma, kita pakai topi fasi. kena kuat! Kalau jd peserta, layan gak :) Ada yang bgtau kesusahan family. Sedih... phew~

Malam last itu jelas nampak diorg tersentuh. Bagus. Mana yang nakal, harap berpada2lah nnt. mana yang malas, harap bertambah rajin. mana yang tak hormat mak ayah, harapnya balik nanti peluk cium mintak ampun. :)

Esoknya, hari terakhir. Pagi itu ada slot LDK terakhir. Pastu persiapan utk majlis penutup. Oh, hampir terlupa. Ada satu persembahan teater. Aku jadi mat gian. hahaha. malam tu sampai kul 3 pagi praktis. Ye la, nak perform depan ayah Dafi lah katakan... :D

Masa raptai, aku berlakon jd Dato'. Muahahahahaha. Amin...... kuikuikui. Nampak gaya semua ok. Insya Allah. Hm... majlis penutup bermula dekat2 3.30 rasanya. Dato' sampai sempoi. Dengan Polo Tee Hackett dia, kasut ranggi tali biru. hahaha. Cun~ Kami sempat tgk montaj. Tak dapat tgk ucapan dia sebab kena stand by kat blkg. Apapun, persembahan tu berkesan sekali! Ada yang menitiskan air mata!

Akhir sekali, sesi bergambar tak putus2. Adik2 suma tak lepaskan peluang. Ada yang menangis juga~ nangis lagi!!! :)

Pengalaman kat Bera sgt best! Takkan aku lupa. Kepada semua yang terlibat dalam mengatur, melaksana dan merealisasikan program ni, korang TERBAEK!. Kepada adik2 peserta, ingat, FOKUS! :)

Kredit utk Atiqah_Sya utk gambar terbaek! Nak tgk gambar2 lain, lawat facebook aku :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...