Tuesday, September 1, 2009

Harga Baru Petrol... Janji Tinggal Janji~


Salam n' Hye~

Jam menunjukkan pukul 12.07 tengah malam. Selasa, 1/9/2009. Beberapa jam lepas stesen-stesen minyak jadi tumpuan kereta yang nak isi minyak dengan harga asal (RM1.80/liter) kerana selepas tengah malam petrol RON 97 (hijau) akan naik harganya kepada RM2.05 seliter. Kerajaan memperkenalkan RON 95 (kuning) dengan harga asal RON 97 sebelum ni iaitu RM1.80 seliter.

Sebelum ulas pasal kenaikan harga petrol ni, kita sembang pasal RON. Apa itu RON??? RON adalah singkatan kepada ‘Research Octane Number’, iaitu kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin. Petrol RON95 pula adalah merujuk kepada campuran 95 peratus iso-oktana dan lima peratus heptana.

Petrol RON 95 mcm RON 97 jugak. Tanpa Plumbum. cuma beza kandungan heptana yang lebih kecil kat petrol RON 97. Sekarang ni, kat forum-forum tgh sibuk bincangkan isu RON ni. Jenis mana yang patut digunakan. Ada yang kata petrol baru RON 95 tak sesuai bawak dalam bandar. Ada yang kata kurang power. kurang pick up. entah la. Cuma, kajian yang dijalankan tunjukkan ada beberapa model kenderaan tak sesuai pakai RON 95.

Berbalik kepada isu kenaikan petrol RON 97, mungkin ada yang ingat dan ada yang lupa atau, mungkin ada yang tak ambil peduli. Sebelum ni, kerajaan menjanjikan petrol yang lebih murah. Dicadangkan petrol RON 95 murah 5 sen iaitu RM1.75 dan RON 97 akan jadi RM2. Tapi pengumuman kenaikan tadi menunjukkan RON 95 tidaklah lebih murah dan RON 97 naik 5 sen. Menteri berkenaan turut mengulas bahawa 5 sen tu tak la besar jumlahnya. HUH!

Pada sudut pandangan aku, kerajaan sedar bahawa ramai pengguna akan mengekalkan penggunaan RON 97 kerana masih was-was akan RON 95. Pada masa inilah kerajaan akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada pengguna-pengguna yang mahu mengekalkan penggunaan RON 97. (kalau nak dibandingkan harga tertinggi sebelum ni (RM2.70) setakat RM2.05 tu apa sangatlah...) mungkin tu yang diorg kat ATAS tu fikir. Tapi kita semua kena ingat, 5 sen tu kalau diambil kira bilangan berjuta, dah berapa pulak nilainya???

Well, kat sini aku rasa slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" tak diaplikasikan. Memang kerajaan masih menanggung subsidi. Tapi, kena ingat juga. Insurans kereta naik. Road Tax kena bayar. Tol lagi!

Post aku kali ni bukan nak menghentam kerajaan. Cuma, sebagai pengguna kenderaan yang sentiasa mengisi petrol dan guna lebuh raya bertol, aku dapat rasakan keadaan yang tak adil ni.

P/s: Kos Sara hidup terus meningkat. Usia terus meningkat. Harga barang meningkat. KUALITI PEMERINTAHAN??? korang jawab sendiri lah.

*FIGHT*

Monday, August 31, 2009

Malam Tiga Satu

Malam ini malam tiga satu
Kata orang malam keramat
Aku rasa malam rahmat
sebab malam ini malam Ramadhan
malam peluang menambah amalan

Malam ini malam tiga satu
Terasa lapar perutku
Saat menonton drama murahan di kaca televisyen
Sang pengarah menjaja kisah cinta
Mengharap penonton mengalirkan air mata

Malam ini malam tiga satu
Kucapai anak kunci
Ku tendang alat tunggangan tua
Hajat mencari kudapan malam
Hampir seperti orang mengidam

Malam ini malam tiga satu
Berbondong-bondong anak muda hampir sebayaku
Membawa tunggangan penuh bangga
Sambil ada yang mengibar bendera
Perlakuan yang aku tak pasti bersebab apa

Malam ini malam tiga satu
Sunyi malam dipecah deruman jentera beroda dua
ke hulu ke hilir tanpa tujuan jitu
kadangkala mengundang rasa lucu
melihat aksi mempertaruhkan nyawa

Malam ini malam tiga satu
Malam pesta gerombolan anak muda
berkepit bertenggek jantan betina
mungkin juga malam pemuas nafsu
Melintas hormat satu persatu

Malam ini malam tiga satu
Perutku kembali terisi
Nikmat daging ayam dilapik dua roti
Yang kujamah sebentar tadi
sambil minda mengingati aksi-aksi berani mati

Saturday, August 29, 2009

Pelajar UPSI maut kereta terjunam

Salam n' Hye all~

Tu la tajuk satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia yang aku baca pagi ni. Sorang student UPSI meninggal dunia, manakala 3 lagi cedera apabila kereta Myvi yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di KM 99 lebuh raya timur barat dekat Jeli. Mangsa, Norazlina Mohd Noor meninggal dunia di tempat kejadian sebab kecedaraan parah kat kepala. Dua yang cedera adalah adik mangsa manakala seorang lagi adalah rakan mereka.

Dipercayai kereta dipandu oleh adik mangsa dalam keadaan mengantuk. Mereka dalam perjalanan ke rumah di Kampung Jelawat, Bachok.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Buat kawan-kawan yang memandu jauh sempena cuti Hari Kebangsaan, pandulah dengan cermat. Berhenti sebentar kalau rasa mengantuk. Semoga selamat semuanya. Insya Allah...

Salam~

Thursday, August 27, 2009

Majlis Berbuka Puasa MT & Exco Persatuan Pengajian Malaysia bersama Jabatan




Salam n' Hye~

Hari ni ada majlis berbuka puasa persatuan AT58 dengan jabatan kami. Plan last week. utk lebih kurang 30 orang. Makanan order kat Kdai Abuya. Few stories to share. huhuhu

Petang td hujan lebat sungguh. ni pun baru berenti ujan. phew. Kami plan jumpa kat ruang interaksi Malim Sarjana around 5.30 ptg. Aku gerak dalam 5.45 ptg. baru nak gerak, call masuk. Ummi call. Katanya betul ke majlis bebuka ari ni. Isk. Isk. sumthing tak best jekkk aku rasa dlm hati. Memang! dia lupa nak prepare makanan kami. Ya Allah~

Ikotkan menu nasi tomato. tp dia kata dia try la ganti menu pe yg sempat.

Sampai kat malim sarjana, Sue n Dr Sohaimi dah sampai. huhu. aku memberi perkhabaran kat Sue. Nampak la muka resah dia. Aku cool jek. Dugaan Ramadhan~

Lepak2 jap.. then datang la few lecturers. En Nizam... Dr. Rahimah... Kak Lin...

Makanan sampai kul 7. huhu.



Another prob. takde kendi basuh tangan! waaaaaaaa~

7.10 pm. Aku rush dgn Isa g kedai dkt taman u. nak cari kendi. satu kedai ada tapak. bekas air bersih pulak ilang. satu aje pulak tu. satu kedai lagi takde langsung. waaaaaaaaaa~

Worst case scenario. aku tak pk ape dah. nak pinjam/sewa kat memana kedai makan. 1st kedai makan tak ada. 2nd kedai makan. ada 2 kendi aku nampak. tp tokey dia kenot consider. even tho ada paip n sinki. takpe la. nak wat mcm mana.

Nak tak nak aku kna cari gak. start kreta. matlamat seterusnya Taman Bahtera. hopefuly kedai tu ada jual. dah la ujan. memecut laju. phew~

Sampai je kdai taman bahtera, trus naik tingkat atas. :) tersenyum aku nampak benda tu. haha RM5 satu. takpe la. beli jekk... 2 bijik!

Sampai balik malim sarjana. baru je nak berbuka. tak sempat dgr amanat Dekan, Timb. Dekan n KJ. takpe. nak wat mcm mana kan.

Makanan= so-so. tu la rezeki kami today. Alhamdulillah~ suma dapat makan.

Lpas makan aku ke Bitarasiswa. sepanjang Ramadhan ni ada solat sunat terawih kat sana. tak payah la aku balik. trus ke sana.





1st time terawih kat bitarasiswa. ok gak. tempat berhawa dingin. ;) hehehe.

well, ni la serba sedikit perkara menarik utk dikongsi today.

;)

Sunday, August 23, 2009

Kelapa Punya Cerita


Salam n hye~ ;)

Hari kedua Ramadhan. Actualy nak post somthing pasal puasa semalam. Sempena 1st day Ramadhan. Tp smalam sangat bz~ terawih. watched premier league (MU menang besar!!! hehehe). so, story bawak bawah la.

Kepada yang tak tahu lagi, evry ramadhan family aku akan meniaga. (actualy memang meniaga pun hahaha). cuma nak fokus meniaga Ramadhan jek utk post ni.


Kami meniaga air utk buat bebuka. memang ramai gak tahun ni yg jual air. tp, memasing punya rezeki lor. hehe. alhamdulillah regular customer masih ramai. SETIA~ ;) in fact, diorg memang akan merindui air kami sebab rasa yg shiokkkk. tak caya meh datang try. ;p

Daya tarikan utama ialah air kelapa. previously tak de masalah bekalan kelapa. huhu. tapi, tahun ni pembekal kami tak dapat nak supply. takde tukang panjat. all those indonesian workers dah dihantar balik. perghhh. HOW???

Semua pun tanya mana nak dapat kelapa muda. utk 1st Ramadhan, bekalan dapat kat satu kedai buah kat area Teluk Kemang. sebiji RM1.60.Pergh! normaly RM1.20 paling mahal. cekik darah!!! tapi disebabkan kena ada gak air kelapa utk penuhi permintaan regular customer, beli gak la. hehe. sehari paling sikit pun 30-40 biji gak la diperlukan.

So, pagi tadi kena cari bekalan pulak. Ada satu supplier kat area Bukit Pelandok. Tp, the prob is... normaly diorg da ada pelanggan tetap. takmo jual kat pembeli tak tetap. Tp alhamdulillah. ada sorang apek ni nak jual kelapa muda dia kat kami. dapat la dekat 80 biji. lepas la utk 2-3 ari. hopefuly. and alhamdulillah jugak dapat supplier baru. yeah. Usaha mesti sampai dapat. Allah mesti bantu punya. ;)

Ramai gak tak dapat beli air kelapa td. yeap. tak ramai yg jual air kelapa. kat bazaar Ramadhan ni pun kami je yg ada jual nampaknya. Tp other signature pun best. Air Mata Kucing. tak tipu punya. hahaha. Ukiran kat tembikai pulak kami punya trademark. yg dah biasa beli sure kenal. siap ada bebudak mintak bawak balik. kakakaka. lpas 3 ari sure lembik. hahahahaa. ;p


Insya Allah aku gerak balik ke Tanjung Malim lpas sahur. 5.30 kena gerak dah. kul 8 ada kelas. hahaha. Mintak selamat aje perjalanan. Insya Allah~

Friday, August 21, 2009

Eksplorasi Buku: Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem


Salam n' hye~

Sebenarnya hari ni berlaku sesuatu yang tak dijangka.

Mcm ni ceritanya...

Pagi td kelas aku mcm biasa. on Friday 8-10. So, after class aku plan nak ke pekan. withdraw duit utk balik PD sebelah petangnya. Dah sampai kereta n letak buku kat seat sebelah. Then rasa mcm malas nak ke pekan. Mata ni pandang arah Bitarasiswa. Memang la rasanya ramai tgh beratur. tapi, nak ke pekan pun lagi amik masa. so... Bitarasiswa!

Sampai je kat Bitarasiswa... yes, seperti yg dijangka. agak ramai yang beratur. what to do. beratur aje la. tetiba, nampak satu poster size A4 kat pintu. 'Eksplorasi Buku: Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem'. 21/8/2009 kat bilik interaksi bitarasiswa. 10.00 pagi. tgk jam- 10.30. Kalau tunggu kat ATM mau 20 minit gak. so, aku amik keputusan naik atas. Tengok majlis tu.

Sebelum tu, aku nak share jugak yang aku memang dah plan nak dtg kat Eksplorasi Buku ni. Perancangan awal majlis nak dibuat kat KHAR pada 31/7/09. Tapi, cuti H1N1 buat majlis ni ditangguh.

Kiranya satu kebetulan yang memang aku harapkan. hehe. Penulis novel sendiri datang.
En. Abdul Latip Talib (Pak Latip) mengulas karyanya. Pensyarah dari FSSK (sejarah), En. Mohamad Kamal Kamarudin turut jadi ahli panel dan moderatornya pula saudara Mohd Nawwar.

Crowd agak kurang. mcm biasa, siswi lagi ramai. hehehe. mungkin ramai tak tau perubahan tarikh ni.

Papepun, aku berjaya dapatkan satu copy tadi. Kena fahami, menjiwai dan mengalami kehebatan Pahlawan Islam ni. Daripada dibuai oleh Harry Potter, LOTR, mahupun adiwira-adiwira Barat yang hanya fantasi semata-mata. Baik kita hayati kehebatan wira realiti yang disebut-sebut baik di Timur mahupun Barat.

Aku tak dapat share pics semasa majlis. Situasi adalah secara kebetulan. so, no camera with me. :)

Ok, mari baca!!!!

Thursday, August 20, 2009

Aku Rasa


Aku rasa gembira...
Anak muda kini semakin waras mindanya...

Aku rasa bimbang...
Semakin kuat tekanan cuba menghalang...

Aku rasa bangga...
Suara anak muda makin bergempita...

Aku rasa ragu...
Sanggupkah mereka menunggu???

Aku rasa yakin...
Perubahan datang bersama angin...

Aku rasa benci...
Ramai yang dengki dan iri hati...

Aku rasa takut...
Mungkinkah ramai juga musuh dalam selimut???

Namun...

Aku rasa selamat.

Kerana Allah sentiasa melihat
memantau sekalian umat
dekat di samping para pejihad.

-fight-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...