Friday, August 21, 2009

Eksplorasi Buku: Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem


Salam n' hye~

Sebenarnya hari ni berlaku sesuatu yang tak dijangka.

Mcm ni ceritanya...

Pagi td kelas aku mcm biasa. on Friday 8-10. So, after class aku plan nak ke pekan. withdraw duit utk balik PD sebelah petangnya. Dah sampai kereta n letak buku kat seat sebelah. Then rasa mcm malas nak ke pekan. Mata ni pandang arah Bitarasiswa. Memang la rasanya ramai tgh beratur. tapi, nak ke pekan pun lagi amik masa. so... Bitarasiswa!

Sampai je kat Bitarasiswa... yes, seperti yg dijangka. agak ramai yang beratur. what to do. beratur aje la. tetiba, nampak satu poster size A4 kat pintu. 'Eksplorasi Buku: Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem'. 21/8/2009 kat bilik interaksi bitarasiswa. 10.00 pagi. tgk jam- 10.30. Kalau tunggu kat ATM mau 20 minit gak. so, aku amik keputusan naik atas. Tengok majlis tu.

Sebelum tu, aku nak share jugak yang aku memang dah plan nak dtg kat Eksplorasi Buku ni. Perancangan awal majlis nak dibuat kat KHAR pada 31/7/09. Tapi, cuti H1N1 buat majlis ni ditangguh.

Kiranya satu kebetulan yang memang aku harapkan. hehe. Penulis novel sendiri datang.
En. Abdul Latip Talib (Pak Latip) mengulas karyanya. Pensyarah dari FSSK (sejarah), En. Mohamad Kamal Kamarudin turut jadi ahli panel dan moderatornya pula saudara Mohd Nawwar.

Crowd agak kurang. mcm biasa, siswi lagi ramai. hehehe. mungkin ramai tak tau perubahan tarikh ni.

Papepun, aku berjaya dapatkan satu copy tadi. Kena fahami, menjiwai dan mengalami kehebatan Pahlawan Islam ni. Daripada dibuai oleh Harry Potter, LOTR, mahupun adiwira-adiwira Barat yang hanya fantasi semata-mata. Baik kita hayati kehebatan wira realiti yang disebut-sebut baik di Timur mahupun Barat.

Aku tak dapat share pics semasa majlis. Situasi adalah secara kebetulan. so, no camera with me. :)

Ok, mari baca!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...