Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H



Assalamualaikum & hi all~

Salam Maulidur Rasul 1434H.  Mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Baru terjaga dari tidur. Alhamdulillah, belum Asar lagi. Tertidur kepenatan sebaik pulang dari bandaraya Miri. Sambutan Maulidur Rasul. Pengalaman pertama menyertai perarakan sekitar bandaraya Miri.

Sambutan Maulidur Rasul di Miri merupakan acara tahunan yang menghimpunkan kumpulan perarakan yang terdiri daripada warga sekolah, jabatan kerajaan, sektor swasta serta kariah masjid seluruh daerah ini. Masing2 akan membawa sepanduk yang direka kreatif serta dihias cantik dan kemudiannya mengelilingi bandaraya Miri sambil berselawat kepada baginda Rasulillah s.a.w.

Berbalik kepada cerita aku untuk edisi Maulidur Rasul Miri 1434H, kami di SMK Lutong hanya ada masa yang sangat terhad untuk persiapan perarakan. 2 perkara penting yang perlu disiapkan = pasukan perarakan dan sepanduk. :)

Alhamdulillah, ramai pelajar yang mahu turut serta dalam perarakan. Lebih daripada 100 orang. Latihan hanya sempat dibuat 3 kali. Isnin, Selasa & Rabu. :D

Tokey sepanduk pula ialah Azizul @ Joe. Cikgu Seni jiran sebelah meja.Tahun ni tak sempat nak potong2 polisterin. Tampal khat dalam bentuk stiker aje. Design sepanduk dihantar untuk printing. Berjalan lancar, projek sepanduk ni berjalan pun 3 hari juga rasanya. Kemuncaknya malam tadi. Sampai 2.30 pagi lah juga kami bertungkus lumus siapkan sepanduk. Hoho.

Sampai rumah dari surau sekolah, gosok baju, rehat2, tidur dalam pukul 3++. Nasib baiklah pagi tadi terjaga jam 5.30. Plan awalnya bangun jam 5. Siap2 dengan rush, sampai di Dewan Suarah Miri sekitar 6.45 pagi. Ramai yang dah sampai. Ada ustaz bagi ceramah.

Sampai kat acara yang kemuncak, perarakan mengelilingi bandaraya Miri. Untuk kategori sekolah menengah, SMK Lutong dapat angka giliran nombor 1. Jadi kami mengetuai pasukan sekolah-sekolah menengah. Laluannya: Keluar dewan suarah, lalu depan mahkamah, terus sampai kompleks kraf miri, terus sampai balai polis, kemudian lalu di China Town, melintasi pasar ikan kat jalan bendahara, Lalu depan Mega Hotel, melintasi Imperial Mall, sampailah kembali ke Dewan Suarah melalui hadapan Masjid At-Taqwa. Boleh tahanlah jaraknya :)

Sampai2 di Dewan Suarah, masing2 melepaskan penat + makan2. Menanti keputusan diumumkan, semua dijamu dengan persembahan nasyid. Macam2 adaaaaa. ;p

Saat keputusan diumumkan, SMK Lutong berjaya mendapat naib johan untuk kategori sekolah menengah. Trofi, sijil dan RM1000. Alhamdulillah. Aku sendiri diminta ustazah untuk mengambil hadiah. :D Hahaha. Compliment sungguh ni. ;p

Sebelum pulang, semua bergambar kenang-kenangan. Yeah, ia adalah satu kenangan manis di Miri. :)
Singgah minum di SRS. Penat. hoho.Enjoy sedikit santapan mata :)

kerja keras larut malam... :D

Ribuan manusia di Dewan Suarah pagi tadi

Melepasi Wisma Pelita


Sepanduk dibawa berarak


Pelajar2 SMK Lutong yang segak bergaya


Penyampaian hadiah :)


Inilah kami! :D















Sunday, January 20, 2013

Negeri 5 Menara



Assalamualaikum & hi all~

Nak share movie yang aku tonton semalam. "Negeri 5 Menara". Adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Ahmad Fuadi. Kisah 6 pelajar sekolah pondok di Pulau Jawa yang berasal dari daerah2 berlainan di Indonesia. Watak utama (Alif) dari Danau Maninjau, Padang. Rakan-rakannya: Baso dari Gowa, Sulawesi, Raja Lubis dari Medan, Said Jufri dari Surabaya, Atang dari Bandung dan Dulmajid dari Sumenep, Madura.

Seriesly aku tak tahu pasal novelnya, apatah lagi movienya sampaila beberapa hari lepas sorang junior kat UPSI dulu share kat wall facebook dia. :D  Jadi tak sabar nak tonton sebab watak utama tu asal dari Maninjau, Padang. Last time aku jejak kaki ke maninjau tahun 1995. A very nice place! One day pasti ke sana lagi. Back to Negeri 5 Menara, garapannya nampak simple, tapi sarat dengan mesej tersirat. Sambil penulis mengangkat tema motivasi dalam kisah ni, sambil tu dia menonjolkan watak2 dari pelbagai daerah di Indonesia, negara seribu pulau.

"Man Jadda Wajada" sentiasa tersemat dalam hati keenam2 sahabat yang menggelarkan diri mereka Sahibul Menara.

Aku rekomen filem ni! Sangat memotivasi dan menginspirasikan. :)

Oh ya, satu dialog minang yang aku suka: "Raso randang ko semakin dakek ka jawa, semakin ndak padeh."
:)

"MAN JADDA WAJADA!!!"


Taman Bulatan Miri

Assalamualaikum & hi all~

Selamat berhujung minggu semua!

Malam tadi aku dah pasang niat nak beriadah kat Taman Bulatan pagi ni. Joging. Keluarkan peluh. Patutnya malam tadi beriadah dengan kawan2 guru berfutsal, tapi sebab dah janji nak sembang dengan sifu Nizamuddin Alias, maka tidaklah aku join futsal malam tadi. Sure diorang hangin satu badan. What to do.. ;p So, untuk ganti masa mengeluarkan peluh malam tadi aku plan untuk ke Taman Bulatan...

Manakah Taman Bulatan itu? Dari rumah aku kira-kira 5 minit naik motor. Letaknya di antara Boulevard Shopping Mall dengan Pasar Malam Saberkas. Awalnya tadi berkira-kira juga nak ke Taman Bulatan sebab langit mendung semacam. Tapi gagahkan jugaklah. :D

Sampai Taman Bulatan sekita 7.10 pagi. agak lambat. Even aku dah siap jam 6.30 lagi. Risau langit mendung punya pasal... Sampai2 ada lah dalam 20 orang beriadah kat situ. Regang2 otot. Panaskan badan. Joging! :D

Dapatlah complete 10 pusingan pagi tadi. Share with u all Taman Bulatan Miri. :)

Berjoging mengelilingi tasik

Papan tanda di pintu masuk

Zebra ada...

Lion ada...

Giraffe pun ada!  :D

warga emas bersembang

trek pertandingan lalu lintas Shell

sarapan! :D~





Saturday, January 19, 2013

Very Sweet of You Mama!

Assalamualaikum  & hi all~

Terima sms dari Mama tercinta.

"Hari ni dah mengaji ke belum?"

Balas kat mama

"Dah. 4 muka"

Mama reply

"Tahniah"

Haha. That's the very sweet of you Mama!

Miss you! A lot.

*oh, siang tadi mama bagitau Papa demam sket. Semoga Papa cepat sembuh. Amin... :)

;)

Friday, January 18, 2013

Debat Dalam Kelas

Assalamualaikum & hi~

Siapa kata debat bukan budaya kita? Hanya yang takut dengan kebenaran aje takut berdebat. Debat juga yang bentuk personaliti aku. Secara tak sengaja, berjinak-jinak dengan pertandingan debat masa darjah 6 dulu. Sangatlah manis kenangan itu. Pertama kali terjun ke dunia debat, dapat champion. ;)

So, hari ni aku nak share pasal sesi debat yang aku buat dalam kelas Pengajian Am siang tadi. Kenapa debat? Mana ada debat dalam STPM... hahaha. For those who always think inside the box, yes. But not for the opposite like me. :) SLot hari Jumaat aku peruntukkan untuk Bahagian C Kertas Pengajian Am Penggal 2. Soalan esei. Insted of bincang cara tipikal (bagi tajuk, then sama2 brainstorm idea) aku guna pendekatan berbeza. Buat pertandingan debat!

Bahagi kelas kepada 4 kumpulan, then pilih yang terbaik untuk ke pertandingan akhir nanti. :D Aku bagi 20 minit untuk diorg fikirkan hujah2. Oh ya, kumpulan2 yang bertanding ialah:
1. Big Bang (very the k-pop freak!)
2. 2NE1 (sama juga. K-poppp huh!)
3. Wondergirls (againnn? aiyak!)
4. Wrestlemania (ada rahsia di sebalik nama ni. nak tau sila tanya ;p)

Tajuk yang aku bagi ialah tajuk pertandingan akhir debat piala guru besar masa aku darjah enam dulu. "wanita lebih baik keluar bekerja daripada duduk di rumah". hehe. nice kannn? ;p

Sayangnya, diorg masih tak capai tahap yang aku mahukan. Hujang masih tak berkembang. Kurang idea, intonasi pun perlu diberus + sental bagi berkilat. Cubaan pertama. Ok lah sebab semua pun bersemangat! itu pun dah sangat bagus dah! :)

End of session, 2 kumpulan akan bertemu kat peringkat akhir nanti. Tarikh dan tajuk belum decide. Diorg pun tak tahu siapa yang mara ke akhir. Okay, Last but not least, debat menjana minda! :D

Big Bang vs 2NE1

"wanita badan besar mcm saya pun lemah" -ayat dia

Wondergirl vs Wreslemania

Jumaat




Assalamualaikum & hi~

It's another Friday!!! Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini.

Tidaklah mahu menulis panjang, cuma dua potong ayat dari Surah At-Talaq (ayat 2,3):

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Well, tahu kan ayat ini? Semoga rezeki Allah yang yang bertebaran seluas alam sampai pada kita. Aminnnnn. :)

Selamat beramal di hari Jumaat, penghulu segala hari~ ;)

Thursday, January 17, 2013

6 Atas PP

Assalamualaikum & hye all~

Hari ni nak kenalkan kelas tingkatan 6 yang aku ajar. Tingkatan 6 Atas PP. PP stands for Pengajian Perniagaan. Aku ajar subjek Pengajian Am. Nice class. Ada 25 orang pelajar. Berbilang bangsa, agama dan tentu sekali macam2 ragam! Haha.

Secara keseluruhannya, diorang ini student yang baek2 belaka. Hensem2 belaka. Manis2 belaka. Dengar kata, boleh terima teguran, boleh hadamkan apa yang aku sampaikan. So far, proses menyuap dan membuka minda kat kelas ni berjalan lancar. Rasanya diorg dah boleh mula sesuaikan diri dengan cara pengajaran aku. Walaupun aku yakin ramai yang degil tak ikut peraturan aku yang mewajibkan diorg baca berita + updates tiap hari, tapi aku akan pastikan diorg akan kena kalau tak dapat jawab soalan aku nanti. :D hehe

Nice to meet all of you. It's a nice experience being your PA teacher. Doakan kalian semua lulus cemerlang untuk penggal 2 dan penggal 3. Oh, tak sabar juga nak menilai kerja kursus diorg. Ternanti2 siapakah insan bertuah yang dapat bentang projek depan Cikgu Zulfadli. Hahahaha. :D

my students :)

another shot. lensa tak cukup lebar~ ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...