Sunday, January 20, 2013

Negeri 5 Menara



Assalamualaikum & hi all~

Nak share movie yang aku tonton semalam. "Negeri 5 Menara". Adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Ahmad Fuadi. Kisah 6 pelajar sekolah pondok di Pulau Jawa yang berasal dari daerah2 berlainan di Indonesia. Watak utama (Alif) dari Danau Maninjau, Padang. Rakan-rakannya: Baso dari Gowa, Sulawesi, Raja Lubis dari Medan, Said Jufri dari Surabaya, Atang dari Bandung dan Dulmajid dari Sumenep, Madura.

Seriesly aku tak tahu pasal novelnya, apatah lagi movienya sampaila beberapa hari lepas sorang junior kat UPSI dulu share kat wall facebook dia. :D  Jadi tak sabar nak tonton sebab watak utama tu asal dari Maninjau, Padang. Last time aku jejak kaki ke maninjau tahun 1995. A very nice place! One day pasti ke sana lagi. Back to Negeri 5 Menara, garapannya nampak simple, tapi sarat dengan mesej tersirat. Sambil penulis mengangkat tema motivasi dalam kisah ni, sambil tu dia menonjolkan watak2 dari pelbagai daerah di Indonesia, negara seribu pulau.

"Man Jadda Wajada" sentiasa tersemat dalam hati keenam2 sahabat yang menggelarkan diri mereka Sahibul Menara.

Aku rekomen filem ni! Sangat memotivasi dan menginspirasikan. :)

Oh ya, satu dialog minang yang aku suka: "Raso randang ko semakin dakek ka jawa, semakin ndak padeh."
:)

"MAN JADDA WAJADA!!!"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...