Friday, January 18, 2013

Debat Dalam Kelas

Assalamualaikum & hi~

Siapa kata debat bukan budaya kita? Hanya yang takut dengan kebenaran aje takut berdebat. Debat juga yang bentuk personaliti aku. Secara tak sengaja, berjinak-jinak dengan pertandingan debat masa darjah 6 dulu. Sangatlah manis kenangan itu. Pertama kali terjun ke dunia debat, dapat champion. ;)

So, hari ni aku nak share pasal sesi debat yang aku buat dalam kelas Pengajian Am siang tadi. Kenapa debat? Mana ada debat dalam STPM... hahaha. For those who always think inside the box, yes. But not for the opposite like me. :) SLot hari Jumaat aku peruntukkan untuk Bahagian C Kertas Pengajian Am Penggal 2. Soalan esei. Insted of bincang cara tipikal (bagi tajuk, then sama2 brainstorm idea) aku guna pendekatan berbeza. Buat pertandingan debat!

Bahagi kelas kepada 4 kumpulan, then pilih yang terbaik untuk ke pertandingan akhir nanti. :D Aku bagi 20 minit untuk diorg fikirkan hujah2. Oh ya, kumpulan2 yang bertanding ialah:
1. Big Bang (very the k-pop freak!)
2. 2NE1 (sama juga. K-poppp huh!)
3. Wondergirls (againnn? aiyak!)
4. Wrestlemania (ada rahsia di sebalik nama ni. nak tau sila tanya ;p)

Tajuk yang aku bagi ialah tajuk pertandingan akhir debat piala guru besar masa aku darjah enam dulu. "wanita lebih baik keluar bekerja daripada duduk di rumah". hehe. nice kannn? ;p

Sayangnya, diorg masih tak capai tahap yang aku mahukan. Hujang masih tak berkembang. Kurang idea, intonasi pun perlu diberus + sental bagi berkilat. Cubaan pertama. Ok lah sebab semua pun bersemangat! itu pun dah sangat bagus dah! :)

End of session, 2 kumpulan akan bertemu kat peringkat akhir nanti. Tarikh dan tajuk belum decide. Diorg pun tak tahu siapa yang mara ke akhir. Okay, Last but not least, debat menjana minda! :D

Big Bang vs 2NE1

"wanita badan besar mcm saya pun lemah" -ayat dia

Wondergirl vs Wreslemania

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...