Thursday, April 7, 2011

Ceramah akademik: Sharing an experience as a diplomat


Assalamualaikum n' hye all~

Dua hari sebelum program ni berlangsung, junior aku yang juga ahli PSSCM UPSI beritahu tentang penganjuran ceramah akademik ni. Agak pelik program ni tak dihebah melalui MYUPSI Portal. Tak berani nak hebahkan berkenaan program ni, aku hanya beritahu beberapa kawan rapat. Kalau-kalau tak betul, tak la susah nak menjawab. :)

Program ni berlangsung di Dewan Serbaguna 2, aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI. Maklumat awal mengatakan program bermula jam 10.00 pagi, tapi macam biasalah, biasanya akan mula lewat sedikit daripada tarikh di atas kertas.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.


Penceramah bagi ceramah akademik ini bukan calang-calang orang. Yg. Bhg. Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR). Serba sedikit mengenai beliau: Pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Kanada, Diplomat ke Amerika Syarikat, Laos, dan beberapa negara lagi (lupa nak catat semua ;p).


Ceramah akademik ini dibahagikan kepada 3 bahagian:

i)The Diplomatic World
ii)My Diplomatic Journey
iii)The Way Forward

"Diplomacy belong to all". Kita semua dilahirkan sebagai seorang diplomat. Diplomasi adalah berkaitan rundingan. Semua manusia berunding. Rundingan adalah salah satu daripada urusan seharian manusia. Itu antara pembuka minda pada permulaan program.

Ada juga dikongsikan jenaka-jenaka diplomat. Salah satunya ialah jenaka berkenaan 3 jenis otak. :D

Ringkasnya, program ni banyak menyentuh peranan seorang diplomat, apa yang perlu seorang diplomat tahu, peka dan ambil perhatian dengan teliti serta pengalaman-pengalaman peribadi penceramah. Kisah-kisah membanggakan juga dikongsikan dengan kami, antaranya peranan yang beliau mainkan untuk penyertaan Laos ke dalam ASEAN. Kisah-kisah di luar negara seperti di Palestin, Kanada dan Bosnia Herzegovina turut dikongsikan bersama hadirin.


Program yang sangat-sangat bermanfaat! Tak rugi datang. Dapat juga 'door-gift' daripada IDFR. Antara petikan ayat yang menarik melalui paparan skrin:

"Diplomacy is about winning the mind and heart of your opponent"

"War caused by diplomacy fail"

"An ambassador is an honest man who is sent to lie abroad for the good of his country" - Sir Henry Wotton


Oh ya, jemputan buat semua untuk ke Wisma Putra International Charity Bazaar pada 16 & 17 April 2011 bertempat di IDFR (bersebelahan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka).

Siapa-siapa yang bercita-cita mahu jadi diplomat, bolehlah jenguk laman web ini:

www.kln.gov.my

www.idfr.gov.my


:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...