Assalamualaikum n' hye all~
Malam tadi tanpa dirancang aku ke Kolej Ungku Omar untuk menjenguk 'roadshow' MPP bersama mahasiswa UPSI. Rasanya 'roadshow' ni yang kedua lepas 'roadshow' pertama di Kolej Zaaba. Ikutkan tak rancang pun nak ke KUO. Lepas menikmati sate minang yang dibeli kat pasar malam TM sebelah petang tu, Anas 'buzz' kat FB chat tanya nak pergi ke KUO atau tak. Katanya nak tgk juga macam mana MPP jawab persoalan mahasiswa. Okay. ON!
Kami sampai sekitar jam 8.45 malam. Terus ke aras 1 KUO. Macam tak ada apa pun. Mungkin sebab di surau, jemaah masih bersolat Isya'. Aku hubungi Fauzi Mando. Nakkan kepastian. "9.00 malam bang" katanya. Sementara nak menunggu jam 9.00, aku dengan Anas duduk2 di tingkat bawah. Menikmati pemandangan KUO yang pernah jadi tempat kediaman aku masa semester 1 dan 2.
Tepat jam 9.00 malam, kami ke atas. Pintu dewan KUO bertutup. Anas buka dan ada 2 orang siswi. Mereka menjemput kami masuk. Tak lama kemudian kelihatan kelibat Ain Balqis dan Fasihah. Menyusul kemudian ialah Amirul, Aman dan Fauzi Mando. Kelihatan juga Fatin Nadia. Sesampainya YDP MPP, saudara Afiq Fikri, majlis pun bermula. Kira-kira 3 minit juga selepas YDP buka sesi soal jawab barulah ada yang mahu bertanya. Rasa segan bertanya masih sukar nak dikikis dalam diri mahasiswa.
Oh ya, kehadiran malam tadi agak mengecewakan. MUNGKIN majlis ini diadakan pada hari Sabtu, yang mana ramai pulang ke kampung. Ada yang ke pasar malam dan ada yang menonton konsert di panggung budaya.
Seorang siswi semester 1 bertanyakan soalan mengenai penempatan kolej kediaman, bas kitaran, WIFI, pegawai kolej yang tidak mesra dan harga makanan di kafe. Persoalan begini biasalah. Dah dijangka akan ditanya.
Semua soalan tersebut dijawab terus oleh YDP. Walaupun jawapan tidak berapa menjelaskan segala persoalan, namun setidak-tidaknya MPP sedar akan segala permasalahan mahasiswa. Itu yang lebih penting.
Aku tak melepaskan peluang bertanya dan memberikan pendapat. Persoalan mengenai pengiktirafan kursus Pengajian Malaysia dgn Pendidikan dan persetujuan NC memberikan diskaun untuk yuran perkhidmatan semasa pelajar berpraktikum aku tujukan buat YDP. Kemudian aku bawa permasalahan UKLK yang memilih bulu untuk program keluar daerah mahupun negeri. Isu Kronisme juga aku naikkan malam tadi. Selama ni MPP dipandang sinis oleh kebanyakan mahasiswa kerana tak cuba mendekati mahasiswa itu sendiri. Bagus, YDP sendiri mengakui MPP lepas terlibat dengan masalah kronisme. Beliau berjanji akan mengatasi masalah ini. Kami tunggu YDP.
Apapun, masa untuk berubah sudah bermula. Jangan kecewakan mahasiswa. Semoga menjalankan amanah dengan ikhlas dan sabar atas segala dugaan. HIDUP MAHASISWA!
No comments:
Post a Comment