Tuesday, April 5, 2011
Dialog Peradaban Melayu 1 : Melayu Itu Siapa?
Assalamualaikum~
Dialog Peradaban Melayu 1: Melayu Itu Siapa. "Membongkar Asal Usul Melayu Dari Pelbagai Perspektif" diadakan di Auditorium Utama UPSI bermula jam 9.00 pagi tadi. Aku sudah mendapat khabar mengenai acara ini pada minggu lepas tapi tidak merancang untuk hadir pada awalnya. Cuma pada kelas Sistem Undang-Undang pagi tadi, en. Nizamuddin Alias mengatakan hendak tamatkan kelas lebih awal sebab dia ingin ke auditorium.
Aku pun merasakan adalah menarik juga kalau aku mendengar apa yang ingin disampaikan oleh para ilmuan sosiologi tersebut. Oh ya, panel yang berada di pentas pada pagi tadi ialah:
1)Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (UKM)
2)Prof. Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (UPNM)
3)Prof. Adnan Haji Nawang (UPSI)
Para panel merungkai persoalan asal usul Melayu dari sudut perlembagaan, ethnolinguistik dan arkeologi. Walaupun kadangkala aku tersengguk-sengguk kerana sukar sekali aku hadamkan apa yang para panel cuba sampaikan (ternyata aku ini bukan orang sejarah ataupun antropologi ;p) aku gagahkan juga mencungkil ilmu yang ada. Sesi soal jawab sangat menarik. Penyoal dari Kalimantan mencuri tumpuan hadirin. Begitu juga wakil dari Persatuan Sejarah yang berkongsi sajak "Melayu" yang aku masih tercari-cari sampai sekarang.
Apapun, masih banyak ruang kosong dalam audi. Kurang hebahan barangkali? Oh, petang ini jam 2 petang bertempat di Fakulti Bahasa ada pengkaji dari USM mahu berkongsi kajian mereka mengenai sejarah Melayu melalui "DNA". Menarik.
Beberapa perkara yang mencuri tumpuan aku:
-Melayu Champa amalkan adat Perpatih.
-MIC minta kerajaan kedah tua (Kataha) diiktiraf asal usulnya dari India.
-Melayu itu siapa 50 tahun lagi???
-Teori Melayu asalnya dari Taiwan disangkal.
-Beras dari nusantara lebih tua dari beras taiwan.
-Kisah bahtera Nabi Nuh juga ada terdapat dalam versi Orang Asli
-Ahli panel nyanyi lagu UMNO
-Orang Melayu memperkenalkan sistem bercucuk tanam dan menternak haiwan di Afrika
Terus terang, aku tersengguk-sengguk tadi. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uik.gambar aku pun ada.
tuan ini staf di UPSI kah? Jabatan mana ya?
Post a Comment