Thursday, April 7, 2011

Oh gadis "Customer Service"~


Assalamualaikum n' hye all~

Hari ni aku melalui satu pengalaman menelefon pegawai khidmat pelanggan (customer service/CS). Nak tanya sikit pasal akaun.

Aku kongsi sikit cerita ni. Haha

*Dail nombor*

*Arahan tekan nombor itu nombor ini sampai berjaya cakap dengan CS"

"XXXX Bank, boleh saya bantu?"

"Saya Zulfadli Amzar, nak tahu bla bla"

"Baiklah. Sebelum tu saya perlu buat pengesahan encik."

"Silakan"

*Maka dia pun tanya la macam-macam soalan pengesahan.*

Lepas aje pengesahan, dia pun tanya lagi apa yang aku mahu untuk kepastian. Lepas tu dia letak aku dalam mod menunggu sementara dia nak dapatkan maklumat. Lama juga. Kali ni paling lama sepanjang aku call customer service centre.

Lepas selesai semua maklumat dia beri, aku tanya:

"Staf baru ya?"

Dia gelak-gelak dan mengaku.

Aku tanya siapa nama dia.

"Alin". Jawab pun mcm takut-takut.

Oh ya. gambar tiada kena-mengena dengan Alin. ;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...