Friday, April 1, 2011

SEKRETARIAT MAHASISWA NEGERI SEMBILAN UPSI


Assalamualaikum n' hye all~

Malam tadi bertempat di ruang legar bangunan E-learning, diadakan satu mesyuarat anak-anak Negeri Sembilan UPSI untuk memilih ajk untuk Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan UPSI. Lupa nak kira berapa orang yang hadir (s/u tahu ;p) tapi Alhamdulillah rakan-rakan yang hadir kelihatan tidak segan-segan dan terasa macam sudah lama kenal.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8.50 malam dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, kata-kata aluan dari aku sendiri (mantan pengerusi ad-hoc anak2 Negeri Sembilan UPSI) dan kemudiannya sesi memperkenalkan diri.

Agenda utama malam tadi ialah memilih jawatankuasa sulung Sekretariat Mahasiswa NS. Setelah selesai, jawatankuasa adalah seperti berikut:

Presiden: Mohd Safuan
Timbalan Presiden: Mohamad Farid Ato'i
Naib Presiden: Nor Afifah Md Jamal
Setiausaha: Nuraziera Abd Aziz
Naib Setiausaha: Nurul Syuhada Razali
Bendahari: Shahrol Nizam Zulkifli
Naib Bendahari: Farah Hidayah Mohd Fauzi
Biro:
1) Kebajikan: Nurnadia Sharudin
2) PDI: Sufian
3) PRO: Muhamad Hanafi Abdul Maulud
4) Akademik: Siti Fairoz Begum Ryazmirza
5) Sukan & rekreasi: Mohd Fitri Zaini
6) Kerohanian: Shah Azwan
(dipetik dari FB SMNS)

Lepas dipilih jawatankuasa, agenda seterusnya ialah perancangan aktiviti untuk semester akan datang. Jangan cemburu, SMNS ada kira2 RM32,000 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti. :D
Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang: hari keluarga, buat baju korporat, program kenali NS, program jelajah NS, pementasan dan ada beberapa lagi yang aku lupa.

Akhir sekali, sesi 'round table', kata-kata penutup daripada aku yang dah nak keluar dari UPSI ni dan kemudiannya majlis ditutup oleh Presiden baru iaitu Safuan.

Alhamdulillah, selsesai semuanya. Harap2 kalian dapat mempromosikan NS kepada semua di sini sambil memberikan sudut pandangan yang tepat kepada rakan-rakan luar NS yang kebanyakannya tidak mengenali keistimewaan NS. :)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...