Thursday, September 3, 2009

Apabila Emosional Mengatasi Rasional

Salam n' Hye all~

Geram. Sedih. Bimbang. Marah. Semua perasaan bercampur baur sekarang ni. Actualy benda ni dah seminggu lebih terjadi. tapi sekarang ni makin teruk.

Media Indonesia mengapi-apikan semangat bencikan Malaysia dalam kalangan rakyatnya. Puncanya:

1. isu Ambalat
2. isu lagu rasa sayang
3. isu Manohara (dah lapuk dan sejuk)
3. isu Tarian Pendet (terbaru)

Aku mengikuti situasi panas sekarang ni melalui http://www.mivo.tv/. Media Indonesia kelihatannya terus menyiarkan berita berbaur hasutan dan tiupan semangat agar membenci Malaysia. Segalanya menjadi hangat baru-baru ni lepas Discovery Channel Indonesia memaparkan iklan promo satu rancangan "Enigmatic Malaysia" terbitan KRU Production. Sebenarnya, KRU tak terlibat langsung dalam pembikinan iklan tu. Discovery Chanel yang buat. Tapi Media Indonesia tanpa ragu2 terus menyerang dengan mengatakan Malaysia cuba mencuri kesenian mereka iaitu tarian pendet (tarian masyarakat Bali).

Sungguh tak sangka, orang berilmu pun menyerlahkan kependekan akal diorang. Latest info, Bendera Malaysia dibakar kat Uni. Gadjah Mada. Rumah org Malaysia kena baling dengan batu. Uni. Gadjah Mada dan Uni. Padjajaran khabarnya tidak mahu menerima pelajar-pelajar Malaysia. Tak ku sangka golongan akademik pun nak terlibat dengan pemikiran singkat ni. huh~

Media kat Malaysia tak le memukul gendang membalas serangan-serangan psikologi yang busuk ni.

"Ya Allah, lindungilah rakyat Malaysia kat Indonesia. Amin..."

Saat aku tulis post ni, media Indonesia sedang hangat paparkan kejadian gempa bumi kat Jawa Barat. Terhenti sekejap paparan kebencian kat Malaysia.

Namun, di sebalik apa yang terjadi, aku yakin ada golongan tertentu yang mendalangi kejadian ni. Tak mustahil hubungan antara kedua-dua negara cuba direnggangkan sehingga menjadi retak menanti belah. kemudiannya kuasa lain mengambil kesempatan di atas kelemahan ini. Malaysia dan Indonesia sahajalah (selain Brunei yang lebih kecil) kuasa Islam terbesar di Asia Tenggara. Tak dinafikan bahawa usaha memecah belahkan umat Islam akan terus dilakukan di seluruh dunia.

Aku hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala kejadian buruk daripada berlaku.

Masyarakat kedua-dua negara adalah serumpun. berkongsi budaya yang sama. NUSANTARA. Tapi nampaknya semangat Melayu Nusantara mcm dah takde rasa dah...
Sila rujuk sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...