Monday, September 14, 2009

Mood Balik Kampung: Moga Selamat Sentiasa Hendaknya



Salam n' Hye~

Confirm ramai antara kita yang tak sabar-sabar balik ke kampung halaman masing-masing utk berjari raya bersama dengan keluarga tecinta. Aku baru je balik dari PD. sampai kat Tg. Malim ni lebih kurang 7.40 pagi tadi. Terus bersiap-siap untuk ke kelas Kak Lin.

Disebabkan aku selalu guna Lebuh Raya PLUS, maka untuk hari ni punya post, aku nak berkongsi pengalaman aku memandu di samping mengingatkan kawan-kawan sekalian supaya berhati-hati di jalan raya. Semoga Hari Raya yang sepatutnya disambut ceria tidak bertukar menjadi derita buat kita semua. Insya Allah...

Buat para pemandu kereta, pastikan anda semua tak mengantuk. dah berkali-kali diingatkan. aku sendiri pernah jugak alami keadaan hampir terbabas sebab ngantuk. ye la, memandu sorang-sorang. bulan puasa pulak tu. memang mencabar. jangan rasa malas untuk berhenti sebentar. rehat dulu.

Jaga jarak anda dan awasi bahaya sekitar. Bahaya boleh jadi macam-macam perkara. tapi, setakat ni aku agak gerun dekat kenderaan-kenderaan berat. mentang-mentang saiz super duper besar dari kita yang bawak kereta ni, slalu nak tunjuk hebat. nak tunjuk hero. so, utk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini, baik kita amik langkah menjauhkan sebarang risiko. biasanya pemandu kenderaan saiz besar ni yang aku nampak berhemah dari syarikat yang ternama aje. macam pemandu tanker shell, petronas, esso etc. Diorg memang ada etika memandu. kalau pemandu-pemandu lori hantu ataupun lori syarikat ehtah apa-apa ni, berwaspadalah kita.




Buat kawan-kawan yang naik bas, harap-harap pemandu bas tu memandu dengan berhemah. banyak kali juga aku jumpa bas yang dipandu melebihi 130 km/j. laju tu. sampai ada yang guna lorong paling kanan. sedangkan bas hanya dibenarkan guna lorong tengah pun utk memotong aje. Hmm... mintak dijauhkan la suma yang tak elok tu. Kalau pemandu tu kurang ajar, pakat la ramai2 sound dia. memang ramai gak pemandu kurang ajar. especially pemandu company yang entah apa-apa.



Kepada yang guna pengangkutan udara, make sure tak terlepas penerbangan. teringat kat kawan-kawan borneo masa lalu kat area KLIA-Sepang. kapal terbang naik dan turun. :) Insya Allah, pengangkutan udara pun tak ada masalah buat kawan-kawan semua. Syarikat penerbangan kat Malaysia ni memang sangat menitik beratkan aspek keselamatan.


Tak lupa juga yang naik keretapi, naik motosikal dan apa jua kenderaan. Selamat kita semua ke kampung halaman masing-masing, selamat juga kita kembali ke UPSI. :)

1 comment:

sI tEDI said...

harap2 kadar kemalangan berkurangan! hati2 di jalanray!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...