Monday, April 11, 2011

'Silent Protest'. Apakah???

Assalamualaikum n' hye all~

Entri kali ni aku nak kenalkan apakah itu 'silent protest' atau protes senyap. Ya, kita dah tahu ada macam-macam bentuk protes yang dilakukan. Ada yang berdemonstrasi, ada yang mogok dan yang lebih ekstrem merusuh.

Aku terpanggil untuk menulis berkaitan protes senyap ni sebab awal pagi tadi masa aku melakukan rutin pagi dengan membaca liputan berita dan blog-blog terpilih, aku terperasan satu ayat di 'wall' satu 'page' yang aku 'like' di FB. Sebelum ni aku abaikan aje ayat-ayat yang keluar dari sosok ini. Tapi kali ni aku menyirap apabila dengan sewenang-wenangnya dia melabel mahasiswa itu sampah. Ya, dia menujukan label sampah itu untuk segelintir individu, namun seharusnya dia mengkaji dahulu hujung pangkal sebelum dengan gembira melabel mahasiswa sebagai sampah.

Em, ok la aku paparkan ayat-ayat 'bijaksana' sosok itu:
(klik untuk besarkan)


Apa yang dia marah sangat kan?

Untuk pengetahuan semua, yang dimaksudkan oleh sosok tersebut ialah satu protes senyap "Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat" iaitu satu bentuk protes menggunakan pengangkutan awam komuter dari KL ke Seremban sambil bawa mesej menolak politik kotor dalam negara. Ini poster yang dihebahkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkenaan protes senyap tersebut:


Berbalik kepada tajuk entri aku di atas sekali: "Silent Protest". Apakah? Apa itu protes senyap ya? Protes senyap ni satu bentuk menunjukkan ketidak puasan hati tanpa melakukan kekacauan. Matlamat individu yang memprotes ialah untuk umum mendengar keluhan mereka, sedar akan apa yang mereka rasa dan menyampaikan apa yang tidak diketahui oleh masyarakat tanpa mereka berkata apa-apa. Nama pun protes senyap. Aku bagi satu contoh protes senyap yang dilakukan oleh mahasiswa di luar negara. Protes ni dibuat masa kedatangan tentera Israel ke universiti mereka kononnya beri penerangan apa yang berlaku di Tebing Barat. Mereka buat tentera Israel yang berceramah di depan terkedu. SYABAS! Mesej berjaya disampaikan :)



Oh ya, ini pula yang terbaru. Sebelum tu, nak ucap tahniah buat Iliani di Penn State University yang dapat turut serta dengan protes senyap tempoh hari. Memang 'cool' :D haha.



Baiklah, berbalik kepada protes senyap anjuran SMM. Ia adalah berkenaan amalan politik kotor oleh para pemain politik di negara ini yang akhir-akhir ini menggunakan seks sebagai medium menjatuhkan lawan. Secara serius, aku sebagai bakal pendidik sangat risau akan gejala ini. Ya, sejarah membuktikan pemimpin politik dijatuhkan dengan seks. Maka, cara kotor ini dah mula digunapakai secara berleluasa di negara kita.

Apapun, mahasiswa yang terlibat dalam protes senyap tersebut tidak menimbulkan kekacauan. Mereka hanya mahu suara mereka didengar. Susah nak beri orang di atas sana dengar suara-suara kecil (tapi berbahaya!) kerana siapalah mahasiswa kan? :) Bagi aku, untuk menuduh mereka jadi alat pembangkang adalah keterlaluan. Ya, mahasiswa tak boleh terlibat dengan politik namun setiap mereka ada ideologi politik masing-masing. mereka protes bukan sebab mana-mana parti, tetapi atas rasa gusar akan perkembangan jelik politik dalam negara.

Aku tak terlibat dalam protes senyap ni, tapi amat memalukan lah yang kononnya mahu menjadi hero ni bukanlah dari universiti berstatus 'elit' dalam negara kita. Malu! Malu! Malu!!!!! Agak-agaknya lah kan, yang join protes tu mungkin pelajar terbaik universiti berkenaan. Siapa tahu kan?

Jadi, nasihat aku, hati-hatilah melabel orang... Bimbang nanti label itu kembali kepada kita. Tak perlu terkinja-kinja mendapatkan perhatian supaya kelak dapat imbuhan. Tindakan itu menambah rasa jelik masyarakat kepada kita. Percayalah!
In politics, act and play smart to make people loves you.

Tak apalah, aku pun dilabel sampah. Tapi aku yakin mahasiswa tahu siapa sampah sebenarnya. Sebelum aku habiskan ayat terakhir, pesan aku... Jadilah manusia kritis! Kaji sesuatu perkara sedalam mungkin, jangan hanya melihat di luar sahaja. Berfikir, berfikir dan terus berfikir! Jangan jadi lemah minda sebab malas berfikir dan hanya tahu menuduh tanpa asas kukuh.

;)

2 comments:

Anonymous said...

terbaik padly!!

fadly amzar said...

erk! Oh, aku rasa aku tau siapa. Kau sorg je panggil aku Padly. kahkahkah. Thanks brother~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...