Friday, April 1, 2011

Tokek?


Assalamualaikum n' hye all~

Malam kelmarin, lepas je aku balik latihan silat, masa nak makan nasi goreng yang di'tapau' oleh Talhin maka ternampaklah aku seekor cicak yang lain daripada biasa. Dalam hati, "tokek kah ini???". Maka aku pun panggil sepul yang sedang online. "Tokek la ni!". Wowowowowowww. Dalam kepala terus RM RM RM RMMMMM~~~ hahahaha.

Satu rumah berusaha nak tangkap cicak itu. ;p mula-mula masuk dalam bekas kuih raya. Aku tebuk lubang pakai pisau yang dipanaskan. Takde lubang mati pulak haiwan tu nanti kan? Maka, semua pun mula la google pasal tokek. Haiwan yang kami jumpa ni tak mcm tokek yg fames tu. Tokek yang fames warna merah bintik-bintik dia. Aku tgk kat group Tokek Facebook. Haiwan yang aku jumpa ni katanya tokek daun. Tak bernilai tinggi, tapi spesis tokek juga la. Hahaha. Takpa la. Cuba bela haiwan pelik2. Tapi nak pegang geli. Series geli! hahaha.

Semalam aku cari cengkerik. Kata orang haiwan ni makan cengkerik. Pusing punya pusing kat kedai ketiga di Hulu Bernam baru jumpa. Seringgit 40 ekor cengkerik. Layan~ Pastu terfikir pulak rumah utk haiwan tu. Beli la satu akuarium kecik. hahaha. Oh ya, dulu aku terfikir nak bela hermit crab. Tapi sebab sibuk memanjang, lupa nak diteruskan hajat utu ;p.

Ok, sama2 kita tunggu apa nasib haiwan ni. harap-harap boleh besar. hahahahaha ;p

4 comments:

Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan said...

ado yo anak minang siniea... humang ai.. nak nunggu entry pasal minang lak..

kok ado maso follow kitorang kek sinia yo.. http://pusman9.blogspot.com

iliani said...

eh u geli pegang cicak ke?? hahahahhaa pelik2 ;p

fadly amzar said...

aah. geli lorrr. okay. u tak geli. u dah ada pendedahan bedah2 haiwan kan? kan? *could imagine u tgh gelak2kan i skrg. :D gelak banyak2 k~

iliani said...

sape ckp i tak geli? I geli kat cicakk okieee, tapi jarang la for guys to be geli to cicak jgak :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...