Monday, August 3, 2009

8th death case...

Salam n' hye all!

Virus yang dah mengganas kat Malaysia. kali ni korang nak panggil virus apa korang panggil la. virus babi? virus H1N1? Virus HINI? whatever... yang pasti, 8th death case today. seorang guru berusia 51 tahun dari Selangor. Hm...

Masih dalam cuti mengejut akibat virus ni, tak tau nak kata apa dah. nak story pasal suasana kat kampus atau kolej semasa kelam kabut student UPSI disahkan positif, ramai dah yg update pasal benda tu. blog2 student UPSI cnfirm tulis dah.

Mari kita sembang pasal virus yang melanda sekarang ni...

Lately ni, dah nampak sangat dunia kita bukanlah tempat yang aman. Perang sana-sini. kebakaran hutan. jerebu. Tsunami. gempa bumi. taufan. banjir. nah sekarang- Virus!

Rasa-rasanya lah, ape yek punca virus ni dihantar menyerang muka bumi ni?
saje2? suka2? konspirasi? balasan Allah?

Suma dah besar. suma boleh fikir cara matang. mesti ada sebab kita diuji sebegini hebat. teruk sangat dah kerosakan yang kita semua dah buat kat muka bumi ni. secara langsung... mahupun tak langsung.

Memang wajar kita suma dapat balasan mcm ni.

hopefuly semua sedar. tak semua akan sedar. tak semua akan berubah. yang bernafsu buas akan terus membuat onar. itu sudah pasti.

Hari ni virus yang baru dikenalpasti menyerang bumi.

esok? lusa? tulat? tahun depan?

THINK!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...