Wednesday, April 21, 2010

Syarahan Diskusi Buku: Tamadun Alam Melayu


Assalamualaikum & Hye~

Pada 14 April lepas bersamaan hari Rabu, satu syarahan diskusi buku yang bertajuk "Tamadun Alam Melayu" telah berlangsung di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Rezeki aku mendapat tahu tentang program yang sangat berguna. Aku dapat tahu mengenai program tersebut melalui status facebook Prof. Emeritus Abdullah Hassan.



Program berlangsung sekitar jam 2.30 petang. Aku dan Zaidee sampai sekitar jam 2.00 petang dan menanti di luar bilik serbaguna aras 4 perpustakaan. Boleh dikatakan kami antara yang terawal sampai. Prof Abdullah yang sampai paling awal sempat bertanya "Pelajar mana?" "Pengajian Malaysia." Aku jawab. "Tak ramai nampaknya. Tak apa, memang tak nak ramai pun." Mendalam kata2 Prof tu. Sama2 fikirkan...

Aku yang duduk kat bahagian tengah dijemput Prof Ke barisan hadapan. Nak wat mcm mana kan? Dijemput tu! hahaha



Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan dari Prof Abdullah sendiri. Kemudian pengacara majlis memperkenalkan serba sedikit penulis buku tersebut. "Mohd Arof Ishak". Orang Jelebu (org nogori den ni ha!). Penulis lepasan University of Reading (Politik) dan memulakan karier sebagai PTD di Jabatan Perdana Menteri (1975).



Buku pertama beliau "The Malay Civilization" terbit pada 2007. Buku "Tamadun Alam Melayu" merupakan versi Bahasa Melayu yang paling menyeluruh dengan tambahan dapatan2 terkini.

Antara fakta-fakta menarik yang aku dapat hari tu:

-Tamadun Melayu juga lebih dikenali sebagai Tamadun maritim

-Orang Melayu meliputi Asia Tenggara, Timur (hingga kepulauan Taiwan dan Turki



-Arab tak termasuk dalam Melayu (Orang arab sendiri tak minat kaji sejarah Melayu)

-Demokrasi yang diagung2kan oleh Barat sebenarnya telah bermula awal di alam Melayu. Buktinya, kewujudan Rumah Sidang. Rumah Sidang tidak berdinding dan menjadi tempat mencapai kata sepakat dengan bermuafakat. Yang bangganya, rumah sidsng tu bentuknya macam rumah Minangkabau. Dengan bumbung bergonjong. Memang masyarakat minang amalkan demokrasi kan??? :)



-Jong Melayu lebih besar dari galleon Portugis. Ada sumber mengatakan org Portugis mendakwa jong Melayu sangat Tebal. Kira2 empat lapis tebalnya!




-Perahu terbang yang meluncur laju juga menjadi kebanggaan pelaut Melayu.



-Buah sukun dan sayur keladi menjadi makanan kegemaran pelaut Melayu.

-Kajian saintifik yang dilakukan mendapati bentuk gigi orang Melayu lebih tua daripada orang di utara Asia (China/Jepun)
Sundadonty- bentuk gigi Melayu
Sinodonty- bentuk gigi utara Asia

-Fakta yang mengatakan Melayu berasal dari Yunan tidak benar sama sekali!

-Kajian genetik mendapati kepelbagaian (diversity) lebih kuat di Asia Tenggara.

-"We have philosophy, but we didn't have philosopher"

Buku ni berharga RM90.00. Berkulit tebal. Versi kulit nipis berharga RM70.00 tapi habis dijual. Nak dapatkannya berhubunglah dengan Persatuan Sejarah Malaysia. :)
Sangat berbaloi!

2 comments:

kulop ludin said...

Tengah baca buku ni... Sangat mantap.... Baru 2/3 bab dah ternganga apabila penerangannya sangat detail.....

Anonymous said...

Lame cri buku ni..kat mane blh dpt ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...