Wednesday, April 28, 2010

Al-Fatihah buat Aminulrasyid Amzah... Kematianmu Menuntut Pembelaan!


Assalamualaikum & hye semua!

Aku masih terasa dengan berita kematian seorang remaja berusia 15 tahun di Shah Alam akibat ditembak di kepala oleh anggota polis. Ya, arwah bukan seorang yang aku kenali, tetapi apa yang berlaku telah membuatkan aku sekali bertanya, bertambah tidak selamatkah Malaysia ini? Aku ada adik lelaki. Dia sudah ada kereta sendiri. Tak mustahil kejadian sama berlaku walaupun dia sudah ada lesen memandu. Tak mustahil...

Berbalik kepada kes kematian arwah Arwah Aminulrasyid Amzah, 15, media melaporkan bahawa dia ditembak akibat disyaki terlibat dalam kes samun. Ada parang ditemui dalam ruang barang di belakang kereta. Sehari selepas laporan media, ibu dan ahli keluarga arwah membuat kenyataan media supaya dibersihkan nama arwah daripada laopran-laporan tidak berasas tersebut. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat laporan sebegitu ke atas anak yang dikandungnya serta dibesarkan selama 15 tahun. Sedih!

Ada kata-kata nakal menyindir. "Baik sangat ke anak makcik? Keluar sampai pukul 2 pagi." Ya betul, tindakan arwah keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya dan memandu tanpa lesen merupakan satu kesalahan, tetapi pada aku itu sifat lelaki. Nakal. Arwah seorang atlet di sekolahnya. Main bola. Aku yakin, arwah keluar rumah untuk menonton perlawanan BPL. Chelsea lawan Stoke City. Perlawanan mula jam 12. Habis dekat2 jam 2 pagi. Shah Alam. Kedai mamak mana yang tak meriah dengan pengunjung yang nak menonton perlawanan bola sepak terutamanya Liga Perdana Inggeris. Arwah anak yatim. Kehilangan ayah pada usia agak muda. Keadaan ini pasti bagi tekanan dalam jiwa remajanya. Memberontak! Kita pun ada zaman remaja masing-masing. Tak perlulah semudah itu nak memberikan kutukan dan penghinaan terhadap peribadinya. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. Dulu tak ada kedai mamak yang sediakan skrin besar. Dulu tak ada kereta. Dulu malam-malam gelap gelita. Siapa berani keluar rumah???

Khabarnya arwah melarikan diri daripada kereta peronda. Aku yakin arwah gelabah. Siapa tak gelabah kalau terserempak dengan polis dalam keadaan tak bawa dokumen pengenalan diri. Lesen pun tak ada! Akhirnya kereta yang dipandu arwah ditembak di tayar lalu terbabas. Khabarnya juga, arwah masih mahu cuba lari dengan mengundurkan keretanya. Atas rasa cemas dengan cubaan itu, polis melepaskan tembakan lagi sehingga memecahkan cermin belakang kereta lalu mengenai belakang tengkuk arwah. Ya Allah, azab sekali kematian arwah ketika itu aku bayangkan...

Tiada satu pun keadaan yang aku rasa membuatkan polis perlu menembak arwah. Dia tidak bersenjata! Kalaupun dikatakan perbuatan arwah cuba mengundurkan keretanya, buat apa polis bodoh-bodoh tunggu di belakang? Kereta itu sudah terbabas dan sudah bocor tayarnya! Aku membayangkan anggota-anggota polis tersebut membayangkan penghargaan yang akan diperolehi atas sebab kejayaan mengejar penjenayah besar. Kejayaan mendapat liputan luas keesokan hari dan nama mereka terpampang di dada akhbar. Tapi akhirnya, yang kelihatan... Jasad seorang remaja kecil yang tidak berdosa! Aku mengharapkan Manusia2 kejam itu mengalami penyesalan sepanjang hayat. Mungkin mereka punya anak lelaki. Dan aku harap, setiap kali mereka melihat wajah anak mereka, mereka akan terbayang wajah arwah yang semudah itu ditamatkan riwayatnya.

Ada parang dalam kereta! Pelik bukan? Anggota-anggota polis tersebut tahu mereka diancam sehinggakan melepaskan tembakan. Buka belakang kereta, ada parang! Hebat! PDRM sudah punya kelebihan melengkapkan anggotanya dengan kemahiran pandangan menembusi sesuatu. Hebat!!!

Banyak hati dan perasaan yang takkan boleh melupakan peristiwa ini dengan mudah. Ahli keluarga arwah, rakan-rakan sekolah, guru-guru, jiran-jiran, malah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku??? "sudah takdir dia mati macam tu" sekali lagi ayat2 nakal keluar. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran. yang salah patut dihukum! Takkan nak menjaga satu pihak, satu pihak lagi dinafikan keadilannya? Ini bukan kerja individu. Ini kerja satu pasukan. Anggota yang menembak bukan menembak atas tiket individu. Dia menembak dengan memakai lambang. Pakaian seragam! Membawa nama PDRM! Jangan jatuhkan kualiti anggota keselamatan kita dengan kejadian-kejadian seperti ini.

Ya, aku mahukan Malaysia yang selamat! Bebas dari ancaman. Bebas dari ketidak adilan. Bebas dari kejahatan. Bebas dari konspirasi. Bolehkah???

Huh!

2 comments:

syed mohd said...

keadilan yg menyebelahi rakyat merupakan perkara asas dan dasar sesebuah negara biarpn mereka masih berdiri di landasan komunisma mahupn federalisma..tindakan polis yg menembak akan menimbulkan satu kesan yg tak sepatutnya dilakukan dimana tiada kesan yang boleh mengancam nyawa polis tersebut maka pihak pndakwaan mesti membuktikan ianya adalah beyong reasonable doubt dan demi keadilan terlepas hukuman dunia akhirat akan menanti..justice among all-

Hyo! said...

hurm... sumtimes kite kene wat decision yg susah.. aku x blame polis tu, n aku kesian kat arwah tu.. kite xde dlm situation tu, so kite xleh nak assume situation tu x mengancam nyawa polis tu.. andai kate kalo btul2 perompak? n polis tu mati.. sure kite assume perkara biasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...